Aku bukan seorang penulis seni..aku hanyalah hamba Allah yang suka menulis apa-apa saja yang terlintas di fikiranku..menulis mengikut kemahuanku..berkongsi tentang kebesaran Allah yang aku temui dalam setiap saat hidupku..dan aku hanya ingin menulis dan menulis selagi hayat dikandung badan..selagi Allah mengizinkan..insyaAllah

Saturday, May 11, 2013

Duit + Politik

Bismillahirrahmanirrahim..

2 perkara neh, jika seseorang itu terlalu obsess maka rosaklah hubungan dengan yang lain..it may depends to the person whether she/he obsess with good manner or bad manner..from my perspective, it is effected..!!

dulu aku mungkin xpercaya, xkanlah dengan duit pun orang nak bergaduhkan..but then when I am getting growth, I can see the truth..it may happen in front of my eyes..family terpisah sebab berebutkan harta..bila semua neh dah nampak, so aku sangat bersyukur kenapa Allah xmewahkan aku dengan duit..sampaikan kadang, nak beli baju atau something yang berharga RM20 pun aku dah agak berkiralah..pikir panjang sebelum beli..(even sometimes pernah jugak berbelanja tanpa pikir panjang - bila kepala tengah xbetul)..hmm..itulah, bagi aku xsepatutnya anak-anak bertegang lidah dengan mak ayah sebab nak kan harta tinggalan..

dan politik..zaman sekarang, disebabkan tidak sama persefahaman dalam politik..abih gaduh satu kampung..anak-anak, saudara mara..it is nonsense..!! kenapa?? kenapa perlu sampai begitu sekali..??mereka terlalu obsess dan fanatik dengan parti masing-masing hinggakan kadang lupa, tujuan kita sebagai khalifah di atas muka bumi yang sementara neh..yang lebih menyedihkan, kerana terlalu fanatik..hukum Allah, apa yang Allah larang..apa yang Allah suruh..pun dimain-mainkan..dilupakan..dipertikaikan..apakah kita sudah lupa, siapa yang menciptakan kita??

kejadian manusia bukanlah semata-mata nak hidup dengan aman kat dunia..bukan semata-mata nak menjalani hidup di dunia dengan apa adanya..tapi kita hidup kat dunia bertujuan..antaranya ubudiyah..mencari keredhaan Allah tanpa mengharapkan balasanNYA..kesian melihat orang yang suka bersuara dalam menuntut haknya pada perkara kecil..tapi tidak bersuara dalam menuntut haknya pada perkara yang besar..bila ditanya kenapa, mudah saja dia menjawab..malas nak amik kisah..hmm..patut ke??


aku bukanlah penyokong tegar mana-mana parti dan aku jugak bukan orang yang terlalu tamakkan duit maupun harta..apa yang aku paham, aku mau perbetulkan diri..persiapkan diri sebelum tiba masanya aku dijemput untuk bertemu PENCIPTA ku yang MAHA AGUNG..MAHA KUASA..dua perkara yang ku sebutkan memang mengecewakan aku bila ada sesetengah orang disekelilingku obsess padanya..hinggakan mereka seakan-akan lupa bahawa rezeki itu milik Allah..sepertimana DIA memegang perkara-perkara lain seperti ajal maut, jodoh pertemuan, takdir..

kita masih lemah untuk berdepan dengan ujian di tempat kita sekarang..macam mana kita nak berjihad untuk membebaskan negara Islam yang tertindas macam Palestin tue kalau kita sendiri lemah, menyerahkan saja takdir tanpa ada usaha..takut untuk melawan ketidakadilan di tempat kita..sedangkan orang-orang di Palestin sendiri sangat berani dan kuat untuk melawan tentera rejim zionis walaupun kemampuan mereka sangat terhad..Ya Allah, beri aku kekuatan untuk tidak tunduk pada yang lain selain dariMU..aku sangat takut akan azabMU..lindungi kami Ya Allah..



No comments:

Post a Comment