Aku bukan seorang penulis seni..aku hanyalah hamba Allah yang suka menulis apa-apa saja yang terlintas di fikiranku..menulis mengikut kemahuanku..berkongsi tentang kebesaran Allah yang aku temui dalam setiap saat hidupku..dan aku hanya ingin menulis dan menulis selagi hayat dikandung badan..selagi Allah mengizinkan..insyaAllah

Wednesday, May 23, 2012

Kekesalan

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku..baru saja mengenali Ustazah Fatimah Syarha..pertama kali mendengar namanya, agak tertarik tapi xsampai lagi untuk mendengar ceramah dia..dan takdir Allah, satu hari aku diberi peluang untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh dia..pertama kali melihat tuannya, Ya Allah..kecik molek je, halus je suaranya..indah ciptaan Allah..sungguh aku tertarik dengan apa yang disampaikan..yang paling melekat dalam hati bila dia cakap..sesuatu dosa yang kita buat, seronoknya kejap sahaja tapi keperitannya akan berpanjangan..maknanya, seseorang yang perbuat dosa akan dihantui dengan perasaan bersalah..hmm..dari apa yang aku perhatikan, betullah apa yang diperkatakan itu..

aku memikirkan tentang apa yang telah berlaku dalam hidup aku..berkali-kali aku pikirkan..memang aku xmampu nak hadapi..tiba-tiba sebelum aku tidur, terpandang pada 1 keratan paper yang ada kata-kata ditulis oleh aku sendiri setahun yang lepas..kata-katanya berbunyi begini :

Rasullullah s.a.w sentiasa berwajah ceria..baginda pernah bersabda :

"Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesedihan hati..hiburkanlah dengan hal-hal yang ringan dan lucu sebab bila hati terus dipaksa memikul beban yang berat, ia akan menjadi buta"..(Abu Daud)
       
Keep questioning with my action..
macam-macam yang aku persoalkan dengan diri..tapi semuanya aku tiada jawapan..kalo ada pun aku hanya berkata dengan diri, mungkin DIAM lebih baik dari berkata-kata..!! Mau diceritakan pada orang, aku takut akan disalah ertikan dan membuka aib sendiri..xmustahil orang akan membenci aku..so aku hanya mendiamkan diri mengenang kesilapan sendiri..apa yang harus aku lakukan..??

SUNGGUH aku malu pada diri..pada TUHANKU..!!aku malu..mau saja aku delete semua kenangan yang kadang kala datang menggamit..tapi cepat-cepat aku hapuskan..

Dalam kesusahan hati mengenang kesilapan yang lalu..Allah menunjukkan jalanNya dengan membawa langkah kakiku ke satu taman syurga..di sana aku mendengar, seseorang yang telah melakukan dosa haruslah bertaubat..dan taubat itu ada caranya..iaitu dengan niat untuk menghentikan berbuat dosa, menyesal dengan perbuatan dan menjauhi dari mendekatinya semula..dengan khabaran sebegitu, aku merasa agak lega..dan bertekad dalam diam untuk mencuba menjadi lebih baik..alhamdulillah, sejak hari itu sampai skang..keazaman aku masih kuat rasanya..moga Allah kuatkan semangat ku hingga sisa nafasku yang terakhir..

No comments:

Post a Comment