Alhamdulillah..hujung minggu lepas aku dapat meluangkan sedikit masa bersama family..waktu terasa berjalan dengan agak pantas hinggakan bila dah balik, masih terasa kedamaian bersama keluarga hingga melahirkan perasaan sedih..lantas sekelip mata aku jadi xbermaya je, rasa nak nangis sorang-sorang kat sini..terasa sunyi sangat dan macam-macam benda yang bermain difikiran masa neh..ntah bila plak akan tiba masanya akan diluangkan bersama keluarga..kemungkinan besar lepas neh masa-masa akan datang telah menunggu kerja yang xpernah habis..yang menuntut komitmen dari aku sepenuhnya..

Tiba-tiba teringat pertemuan yang diaturkan Tuhan..masa dalam perjalanan balik ke tempat keje, aku ditakdirkan duduk di seat no.1..kerusi double..turun balik untuk ke toilet then bila naik balik skali ada sorang mamat duk sebelah aku..bertentangan mata 1 saat..pergh..handsome jugak mamat neh... :) sempat lagi hati aku membisikkan kata-kata macam tue..pastu mulalah xsenang duduk..nak ushar tapi malu-malu..hmm..bila dah sampai umah, aku mula paham..rupa-rupanya, hati yang aku sangka dah mula bersih masih belum bersih lagi..masih ada kekotoran yang menghitamkan jiwaku..
Ya Allah, apa harus aku buat..saat ini hatiku tersangat sedih mengenangkan pelbagai perkara yang mengganggu jiwaku..hantarkanlah pembantu dari sisiMu yang akan membimbing aku ke jalanMu dengan mengimamkan aku dan keluargaku..yang sentiasa menenangkan hatiku dengan menyampaikan segala janji-janjiMu padaku..hantarkanlah bantuanMu Ya Allah..aku ingin bersiap untuk bertemuMu..amiinnn..
(p/s : Ya Allah..hantarkanlah bantuanMu juga pada hambaMu yang berada di Syria dan Palestine..bebaskanlah merekan dari pemerintah yang zalim..hancurkanlah regim bashar al-asad dan regim zionis..)
No comments:
Post a Comment