Aku bukan seorang penulis seni..aku hanyalah hamba Allah yang suka menulis apa-apa saja yang terlintas di fikiranku..menulis mengikut kemahuanku..berkongsi tentang kebesaran Allah yang aku temui dalam setiap saat hidupku..dan aku hanya ingin menulis dan menulis selagi hayat dikandung badan..selagi Allah mengizinkan..insyaAllah

Wednesday, May 7, 2014

Perjalanan masih jauh..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku sangat sibuk dalam menempuhi perjalanan yang semakin menjauh ini..jalannya tidak putus malah berterusan..bila aku akan berhenti?? Hanya Allah yang lebih mengetahui..sesungguhnya pengetahuan manusia itu adalah terbatas..

Alhamdulillah..setelah aku keluar dari persekitaran pembelajaran, aku sempat berehat di rumah mom selama beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan yang seterusnya..dan kini, setelah beberapa bulan menjengah dalam dunia realiti sebagai seorang pekerja..kadang mengundang pelbagai perasaan..suka, duka, mencemaskan, kerisauan..semua ada..dan aku masih tetap di sini untuk meneruskan perjalanan ini yang kadang kala membuatkan aku excited untuk terus belajar perkara yang dulunya secara teori dan sekarang aku boleh mempraktikkannya dengan lebih practical..

hmm..persekitaran ini..persekitaran yang kadang kala sangat menyenangkan even kadang kala ia berubah menjadi persekitaran yang agak tough untuk aku tempuhi..tapi kesenangan dalam hati ini masih ada..perjalanan ini aku mulakan dengan satu tempat yang agak tidak menyedapkan hati bila ada saja salahnya..hinggakan aku rasa tidak senang setiap kali nak mulakan hari..risau akan dimarahi..risau diri ter'melakukan' kesilapan..tapi alhamdulillah, dalam merasa ketidaksenangan itu..rezeki Allah, aku dapat meneruskan perjalanan ini ke tempat yang seterusnya..dan di sinilah aku dapat merasai kesenangan itu hingga ke hari ini..dan harap berkekalan perasaan ini hingga ke masa hadapan..

Setiap tempat ada ceritanya tersendiri..beradanya aku di sini, merantau untuk kesekian kalinya dengan membawa niat untuk mempraktikkan apa yang aku telah pelajari sebelum ini..ternyata niat yang baik akan memberi kekuatan yang luar biasa tika hati sangat menginginkan sesuatu perkara..begitulah yang diungkapkan bila hendak seribu daya, xhendak seribu dalih akan diberinya..di sini juga ada masalahnya yang tersendiri dan aku kadang turut goyah bila perkara-perkara itu menggugat hati rakan-rakan seperjuangan..tapi jauh di sudut hati aku, setiap sudut menimbang baik buruk akan keputusan yang aku ambil..

Aku yang sememangnya kurang akan keyakinan pada diri sendiri meragui kekuatan aku untuk terus berada di sini seandainya aku harus meneruskan perjalanan ini tanpa kawan..sebahagian dari diri sangat lemah..kekuatan hanya datang dari Allah..aku yakin akan seperkara itu, bahawa Allah memiliki segalanya..insyaAllah..

No comments:

Post a Comment