Bismillahirrahmanirrohim..
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
aku memohon perlindungan dari segala hasutan syaitan dalam penulisanku..
sedih..sayu..mau saja airmata ini menitis tatkala terbaca paparan akhbar tempatan..kenapa sosial di negeri yang bergelar 'Serambi Mekah' ini perlu diwar-warkan pada semua bila mana pilihan raya semakin dekat..? kenapa sebelum ini xde plak nak diheboh-hebohkan..? sedangkan negeri lain yang lebih teruk keadaan sosialnya.. aku bukanlah seorang yang fanatik dalam politik..tapi bila fitnah memfitnah neh makin teruk aku rasa sedih..yang lagi menyedihkan bila seorang ulamak dituduh yang macam-macam..
Hairan..apakah tidak ada rasa takut dalam diri mereka kepada Allah akan dosa memfitnah..?? sedangkan kalau kita menipu perkara kecil je dah terasa bersalahnya..hmm..pernah tak kita cuba bayangkan kalau kita berdiri di atas kaki beliau..segala tanggungjawab berada atas bahu kita..
menjadi seorang pemimpin bukanlah senang..macam-macam perkara yang perlu dipertimbangkan..tersalah membuat keputusan silap haribulan esok-esok kat akhirat dituntut oleh rakyatnya..sebagai pemimpin, kita mestilah dah buat perancangan untuk mencegah gejala sosial dari berlaku tapi sudah semestinya 100% gejala sosial dapat di atasi..berdepan dengan pelbagai kerenah manusia yang ingkar..bukan sesuatu yang senang..ada seorang sahabat pernah bercerita, dekat negeri Kelantan kadang kala Jabatan Agama Kelantan membuat operasi untuk menahan rakyatnya yang berpakaian tidak sopan ataupun duduk berdua-duaan dengan lelaki..mereka akan diberi nasihat berkaitan akhlak..
kita memimpin dengan cara Islam..ada pula orang Islam sendiri yang mengkritik, tidakkah kita sedih..sedih dengan nasib orang Islam itu sendiri yang jahil akan agamanya sendiri..sedih akan nasib dia sendiri bila tiba masa pengadilan yang sebenar, neraca mana yang akan lebih berat..akan dipersoalkan akan keyakinan dia pada maha pencipta..sedih..sungguh aku sedih dengan hanya membayangkannya saja..sebagai seorang Ulamak, aku pasti Tok Guru berfikir lebih jauh dari pemikiran aku yang ilmu seperti tebal sehelai kertas pun xcukup aku rasa..
wallahua'alam
No comments:
Post a Comment