Aku bukan seorang penulis seni..aku hanyalah hamba Allah yang suka menulis apa-apa saja yang terlintas di fikiranku..menulis mengikut kemahuanku..berkongsi tentang kebesaran Allah yang aku temui dalam setiap saat hidupku..dan aku hanya ingin menulis dan menulis selagi hayat dikandung badan..selagi Allah mengizinkan..insyaAllah

Monday, March 12, 2012

All About Money

Dunia zaman skang neh semuanya pasal duit..kawan pun kalo nak cari mesti yang berduit..kalo orang miskin xnak kawan..kenapa mesti dibezakan darjat sebegitu sekali?? Tidak sedarkah mereka bahawa semua orang itu semuanya sama dan hanya tahap keimanan sahaja yang dapat membezakan manusia di sisi Allah..hari tue salah sorang kawan lama aku ada mesej nak pinjam duit..dan aku pada mulanya memberi alasan tapi xberkesan then terus setuju nak tolong..dalam masa yang sama aku serba salah nak bagi..bukan sebab berkira ke apa cuma aku juga punyai masalah kewangan yang xmencukupi dalam kehidupan harian aku..dalam duk mesej-mesej dengan kawan aku tue, ingatan aku berputar reverse ke beberapa tahun yang lepas..

Dulu masa aku dalam kesempitan, aku mesej kawan aku tue..dia langsung xlayan mesej aku..langsung abaikan mesej aku tue..segan dan malu menjelma dalam diri aku tapi apakan daya, aku just abaikan je perasaan tue..skang dia mintak tolong dengan aku plak..masa aku mengiakan untuk pinjamkan duit kat dia, memang aku ikhlas nak bagi tapi dalam masa yang sama aku terpikir..apa cukupkah wang yang aku ada tue untuk menampung keperluan aku sendiri..lastly dengan berat hati dan rasa serba salah aku bagitau kawan aku tue yang aku xmampu nak tolong dia..sungguh aku katakan, bukan niat aku untuk membalas apa yang dia buat untuk aku tapi memang aku xmampu nak bagi pada dia..kalo aku bagi, last aku yang kesusahan..

Perkara neh aku ceritakan pada WMF, dia cakap aku cepat sangat nak bagi kat orang..katanya bukan xboleh tolong cuma tengok pada kemampuan kita dulu..lagi plak kawan aku tue keje, ada suami..nape dia mintak tolong dengan orang macam aku sedangkan dia tau kedudukan aku macam mana..dia salah sorang kawan rapat aku, that's why xsanggup nak tolak permintaan dia..lagi plak aku paham, camna perasaannya seseorang yang dalam kesempitan kewangan dan bila mintak tolong dengan orang..aku pernah lalui semua tue..
All about money
Pernah jugak terjadi, aku cuma nak pinjam RM30 je dari kawan..she's one of my friend yang pakaian dan barang-barang semua nak branded-branded..then dia cakap dia pun xde duit..so xde masalahlahkan..xkan aku nak paksa jugak cakap nak pinjam duit..sebulan kemudian aku dengar dia beli beg dan kasut yang berharga RM80 for that 2 items..itu dia yang citer kat aku sendiri..1st of all xrasa apa-apa tapi bila tiba-tiba pikir balik, terasa kecil plak diri neh..tengoklah, orang kalo mintak tolong dengan kita memang cepat je kita tolong tapi kalo kita mintak tolong dengan orang, ntah nak tolong ke x orang tue pada kita..aku cuba berpikiran positif yang dia memang xde duit masa tue kut..

So lepas tue aku dah berhati-hati nak mintak tolong dengan orang..kawan xakan menyusahkan dirinya untuk tolong kita tapi family, mereka akan usahakan untuk tolong kita..dan dalam ramai-ramai kawan, akan ada yang iri hati pada kita..cuma sometimes kita xkan nampak atau sedar..dan kena berhati-hati jugak sekiranya ada yang sanggup tikam dari belakang..kadang-kadang terasa benci sangat pada duit..kenapa semua orang mengejar duit..??? kenapa??

No comments:

Post a Comment