Aku bukan seorang penulis seni..aku hanyalah hamba Allah yang suka menulis apa-apa saja yang terlintas di fikiranku..menulis mengikut kemahuanku..berkongsi tentang kebesaran Allah yang aku temui dalam setiap saat hidupku..dan aku hanya ingin menulis dan menulis selagi hayat dikandung badan..selagi Allah mengizinkan..insyaAllah

Friday, March 30, 2012

Kepenatan

Kesibukan akhir-akhir neh betul-betul membuatkan badan aku kehabisan tenaga..tersangat kepenatan dan aku kagum dengan someone tue..dia lagi busy dari aku tapi digagahkan jugak untuk datang memberi talk..sungguh aku kagum dengan umur semacam dia..still lagi kuat..kalo aku ntah brapa lama je mampu bertahan kut..

Thursday, March 29, 2012

Kesibukan Dunia

Bismillahirrahmanirrahim..

Rasanya dah lama sangat xupdate kisah perjalanan aku di bumi Allah neh..hmm..alhamdulillah masih lagi diberikan kesihatan untuk meneruskan perjalanan yang sementara neh..masih lagi dapat menikmati nikmat-nikmat Allah..semuanya indah kecuali bila aku makin sibuk dengan duniawi neh..beberapa minggu neh memang terasa sibuk..xtau mana 1 perkara yang perlu didahulukan sebab semua benda pun penting dan perlu didahulukan..so disebabkan kesibukan itu, badan terasa penat sangat..kalo dah lena memang susah sangat nak bangun..rasa berat sangat..dalam meneruskan perjalanan, itulah yang paling buat aku sedih..aku takut hanyut dengan dunia yang sementara neh..dan sebab itulah kita slalu kena mohon pertolongan Allah semoga sentiasa pegang hati kita untuk terus bersamaNya..

Tuesday, March 20, 2012

Pemaaf

Dalam salah 1 hadis Rasulullah s.a.w, dikatakan jangan tidur selagi belum melakukan perkara berikut..

Pertama : Khatam Al-Quran dengan membacakan surah Al-Ikhlas 3 kali..

Kedua : Berselawat ke atas Nabi untuk dapat syafaat..

Ketiga : Membuat para muslim redha dengan mengucapkan istigfar (memaafkan dan dimaafkan)

Keempat : Melaksanakan haji dan umrah dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir 3 kali..

Antara kesemua perkara di atas, ingin aku ulas tentang perkara ke 3..sebelum neh aku selalu dengar orang cakap kita kena memaafkan orang sebelum tido..as well as memohon maaf..kalo kita ada buat salah dengan manusia, suppose to be kita mohon maaf dengan orang tuelahkan..boleh jugak kita mendoakan agar Allah mengampunkan segala dosa orang tue, InsyaAllah di akhirat nanti orang tue akan redha dengan kita sebab doa tersebut diterima Allah dan menyelamatkan orang tue dari masuk neraka..hmm..dan kita sebagai manusia rasanya susah kut nak maafkan orang senang-senang je kan..

Perkara yang berlaku biasanya akan bermain-main di fikiran berulang-ulang dan terlekat dalam hati..sebenarnya benda-benda macam nielah yang akan merosakkan hati..hmm..dalam keadaan skang, it is not easy to say SORRY..even I know masanya akan tiba untuk berpisah..terasa jugak nak g sembang-sembang tapi sikap dia dan perkara yang berlaku menghalang aku..khabar yang disampaikan oleh kawan aku tadi betul-betul menyentap hati aku tatkala aku berkira-kira nak pergi jumpa dia tue..mungkin inikah masanya yang sesuai untuk aku suaranya apa yang terpendam dalam hati aku selama neh..dah lama aku tunggu dan ini mungkin masanya..

Tapi dalam nekad, still ada perasaan ragu-ragu..takut nanti aku penyebab sebarang perkara yang berlaku lepas neh..I am willing to meet her in peace..being a forgiving person isn't easy to me..

Thursday, March 15, 2012

Men and Ego's

Men and ego never cant be divide..there's a man that won't be tolerate with me just because I am doing a mistake..never be thinking that after of everything, this is will be the end of us..baru kali neh aku nampak apa yang kawan aku nak sampaikan tentang that man..actually, his attitude just like a girl..that's why he's being angered with me like that..just ignore him but sometimes it will become like a mosquito sound in my mind..its ANNOYING...!!


A Man with their high level of egois..

Tuesday, March 13, 2012

Mom

I'm just talked to my mom..She asked me to look out a job to my 4th brother since he's looking for work..After talked to mom, I just think..skang neh kami adik beradik makin rapat dengan mom..sket-sket call mom..suka atau duka..dulu xde plak camni rasanya..even me, skang neh kejap-kejap nak call..ada je benda nak bagitau..tiba-tiba terpikir, alangkah indahnya bila mom slalu ada sebagai tempat nak mengadu..since I'm not married yet, so mom is the 1st place to talk with..and WMF or other friends will be the 2nd and 3rd place..seandainya mom has gone, I don't know what to do..what will happen to us..and all I can do is prays to Allah agar dipanjangkan umur my mom..semoga segala kebahagiaan di dunia ini dikurniakan pada my mom..

Never been imagine, how happy she is when I am telling about WMF to her..perhaps she happy because she know I am knowing someone's..before this, I never told her about no one..accept my bestfriend and she know it..that one of the thing that make me more closer to her..Kehilangan seorang ayah pun dah cukup memberi kesan pada kami semua..kadang-kadang memang terasa bila tengok orang lain ada ayah, mengadu pada ayah, keluar dengan ayah, gurau senda..semua tue mengingatkan aku pada abah..seriously, sampai skang terasa abah masih ada since dulu pun abah slalu kat hospital..so kalo xde abah, terasa cam abah ada kat hospital lagi..

Ya Allah, ampuni dosa kedua ibubapa ku..kasihanilah abah dan ma yang telah membesarkan kami dan mendidik kami dengan agamaMu..melayan segala kerenah kami, menerima dengan redho akan rezekiMu dengan hati yang ikhlas..ampunilah segala dosa mereka dengan segala kebaikan yang telah mereka lakukan..dan jadikanlah aku sebagai anak soleh dan solehah buat abah dan ma yang akan sentiasa mendoakan kedua ibubapanya..aminn..


Monday, March 12, 2012

All About Money

Dunia zaman skang neh semuanya pasal duit..kawan pun kalo nak cari mesti yang berduit..kalo orang miskin xnak kawan..kenapa mesti dibezakan darjat sebegitu sekali?? Tidak sedarkah mereka bahawa semua orang itu semuanya sama dan hanya tahap keimanan sahaja yang dapat membezakan manusia di sisi Allah..hari tue salah sorang kawan lama aku ada mesej nak pinjam duit..dan aku pada mulanya memberi alasan tapi xberkesan then terus setuju nak tolong..dalam masa yang sama aku serba salah nak bagi..bukan sebab berkira ke apa cuma aku juga punyai masalah kewangan yang xmencukupi dalam kehidupan harian aku..dalam duk mesej-mesej dengan kawan aku tue, ingatan aku berputar reverse ke beberapa tahun yang lepas..

Dulu masa aku dalam kesempitan, aku mesej kawan aku tue..dia langsung xlayan mesej aku..langsung abaikan mesej aku tue..segan dan malu menjelma dalam diri aku tapi apakan daya, aku just abaikan je perasaan tue..skang dia mintak tolong dengan aku plak..masa aku mengiakan untuk pinjamkan duit kat dia, memang aku ikhlas nak bagi tapi dalam masa yang sama aku terpikir..apa cukupkah wang yang aku ada tue untuk menampung keperluan aku sendiri..lastly dengan berat hati dan rasa serba salah aku bagitau kawan aku tue yang aku xmampu nak tolong dia..sungguh aku katakan, bukan niat aku untuk membalas apa yang dia buat untuk aku tapi memang aku xmampu nak bagi pada dia..kalo aku bagi, last aku yang kesusahan..

Perkara neh aku ceritakan pada WMF, dia cakap aku cepat sangat nak bagi kat orang..katanya bukan xboleh tolong cuma tengok pada kemampuan kita dulu..lagi plak kawan aku tue keje, ada suami..nape dia mintak tolong dengan orang macam aku sedangkan dia tau kedudukan aku macam mana..dia salah sorang kawan rapat aku, that's why xsanggup nak tolak permintaan dia..lagi plak aku paham, camna perasaannya seseorang yang dalam kesempitan kewangan dan bila mintak tolong dengan orang..aku pernah lalui semua tue..
All about money
Pernah jugak terjadi, aku cuma nak pinjam RM30 je dari kawan..she's one of my friend yang pakaian dan barang-barang semua nak branded-branded..then dia cakap dia pun xde duit..so xde masalahlahkan..xkan aku nak paksa jugak cakap nak pinjam duit..sebulan kemudian aku dengar dia beli beg dan kasut yang berharga RM80 for that 2 items..itu dia yang citer kat aku sendiri..1st of all xrasa apa-apa tapi bila tiba-tiba pikir balik, terasa kecil plak diri neh..tengoklah, orang kalo mintak tolong dengan kita memang cepat je kita tolong tapi kalo kita mintak tolong dengan orang, ntah nak tolong ke x orang tue pada kita..aku cuba berpikiran positif yang dia memang xde duit masa tue kut..

So lepas tue aku dah berhati-hati nak mintak tolong dengan orang..kawan xakan menyusahkan dirinya untuk tolong kita tapi family, mereka akan usahakan untuk tolong kita..dan dalam ramai-ramai kawan, akan ada yang iri hati pada kita..cuma sometimes kita xkan nampak atau sedar..dan kena berhati-hati jugak sekiranya ada yang sanggup tikam dari belakang..kadang-kadang terasa benci sangat pada duit..kenapa semua orang mengejar duit..??? kenapa??

Sunday, March 11, 2012

Hijrah

Beberapa hari lepas aku ada citer pasal hidayah Allah kan..dan hari neh aku terbaca pasal kisah neh plak..Memang betullah kan hidayah Allah tue datang tanpa diduga dalam pelbagai cara..hmm..I don't want to talk much, just read and hayati kisah neh..


Kisah benar yang terjadi pada seorang rakan facebook kita. Baru terjadi Februari 2012. Diceritakan sendiri kepada saya.



Ini ceritanya:


"Bulan lepas saya mengikuti kursus motivasi agama selama dua hari. Saya sebagaimana biasanya mengenakan tudung biasa yang ringkas, tapi masih lagi menutup aurat, masih tutup dada dengan baik. Pada hari terakhir kursus tersebut, habis sahaja sesi yang pertama, dalam keramaian hadirin tiba-tiba saya terpandang satu kelibat. Orangnya kecil molek dan bertudung labuh. 

Hati ini tiba-tiba rasa kuat tertarik dengan kelibat tersebut. Seakan-akan dari susuk tubuh tersebut menghasilkan aura yang sangat kuat. Cukup untuk menggamit hati saya untuk menyelidiki siapakah gerangan orang itu. Dalam kesibukan hadirin yang berhimpit-himpit, saya cuba menyelit untuk mendekati beliau. Akhirnya, saya nampak beliau tengah pakai kasut, lepas tu pergi macam tu sahaja. Rasa sedikit hampa kerana tidak berjaya untuk menghuraikan persoalan 'siapa' dengan lebih lanjut. 

Sesi kedua kursus bermula, saya langsung tak fikir lagi atau ingat tentang orang misteri tadi. Sedaya saya cuba fokus pada slot kursus. Slot motivasi yang disampaikan betul-betul terkesan di hati, lantas jiwa wanita ini tidak lagi mampu menahan takungan air mata dari terurai jatuh ke pipi. Cepat-cepat saya mengelap air mata dan mengalihkan pandangan ke sebelah kiri.

Saya tergamam. Allahuakbar!

Ada someone di sebelah kiri saya. Kelibat yang saya nampak tadi. Kelibat yang sama. Kecil bertudung labuh dan yang paling memeranjatkan saya adalah rupanya saling tak tumpah seperti saya. Seiras dan sama! Seratus percents! 

Bezanya, beliau memakai cermin mata dan wajahnya redup berseri-seri. Sehingga terpacul dari bibir saya "Subhanallah..sucinya wajah." Badan saya terus menggigil dan saya menangis tersedu-sedan dalam dewan tanpa mempedulikan mata-mata yang melihat. 

Dua minggu lepas tu, hati ini nekad. 

Saya berhijrah. Dari tudung biasa ke tudung labuh. Tambah pelik, rupa-rupanya dulu saya ada buat pemeriksaan mata di hospital tapi mungkin saya lupa dan minggu lepas doktor call inform saya ke sana untuk mengambil cermin mata yang telah siap. Sekarang, bila saya lihat ke cermin, sayalah gadis yang bercermin mata dan bertudung labuh tempoh hari. 

Saya bukanlah pelajar sekolah agama atau dari aliran agama. Tudung labuh yang menggantikan tudung biasa ini, bukan hanya sekadar tudung labuh. Tetapi lebih dari itu, ia adalah hidayah dari Allah SWT. Bukan sahaja menggantikan penutup kepala saya, tetapi juga hidayah Allah ini menghadirkan suatu perasaan baru dalam jiwa saya, yakni perasaan untuk lebih mencintai Allah. Hebatnya hidayah Allah ini. Allah.."

Sama-sama kita doakan sahabat kita ini terus istiqamah dalam penghijrahannya. Amin.

p/s: Moga2 kisah benar ini menjadi iktibar kepada kita semua. Hidayah perlu diminta dari Allah setiap masa, hidayah perlu dicari. Hanya yang benar-benar menghendakinya akan memperolehi. Allah pasti berikan hidayah bagi mereka yang benar-benar dahagakan hidayahNya. Wallahua'alam.
----
"Subhanallah"

Saturday, March 10, 2012

Don't Know How to Pretend

Ntah camna kali neh kena keje dengan orang yang hati aku xberapa selesa bila bersamanya..nak xnak kena buat jugak tapi itulah..sometimes I don't know how to pretend to look that I'm okay..actually I do not okay and seriously I mean it..xtau nape even dah beberapa kali bekerjasama aku still xboleh nak sesuaikan diri ditambah plak dengan beberapa perkara yang memang xmenyenangkan hati..ntah ada orang perasan ke x sikap aku yang 1 tue..kalo boleh sebaik mungkin aku nak sorokkan perkara neh..that is one of my weakness I think..

Wednesday, March 7, 2012

Hidayah Allah yang xterduga


Dalam perbincangan hari neh ada disebutkan tentang hidayah Allah..sungguh hidayah Allah datang pada hambaNya yang tertentu sahaja..kepada siapa pun yang dia kehendaki..dan hidayah itu akan datang tanpa diduga dalam apa saja bentuk dan caranya..bagi sesetengah pendapat, hidayah itu memang ada pada siapa pun cuma ia bergantung kepada hati-hati yang menginginkannya dan berusaha dalam mencari hidayah itu..ada 1 hadis ada menyebutkan perkara tersebut di mana ia berbunyi begini :

“barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan untuk dirinya, niscaya Dia akan mengurniakan kepadanya ‘tafuqquh fid din’ (kefahaman dalam urusan agama).
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sungguh ayat tersebut berkesan dalam hati aku..aku sangat kagum dengan cara Allah memberi hidayahNya sampaikan pernah sekali aku beli 1 buku yang bertajuk “Allah is Calling”..buku tue menceritakan kisah-kisah orang hebat yang mendapat hidayah dari Allah..orang-orang itu sungguh bukan calang-calang orang..ada yang sangat arif dalam agamanya, lahir dalam keluarga yang menitikberatkan agama mereka tapi sampai 1 masa di saat Allah menerangi mata hatinya untuk melihat Islam..maka tersentuh dan terus memeluk Islam..

Buku neh la..sangat menarik..
Ada jugak Allah memberi hidayahNya dengan memperlihatkan kebesaranNya pada hamba tersebut..contohnya seperti yang terjadi kepada seorang ahli saintis perancis..dia saintis yang mengkaji dasar laut..pada 1 hari dia menjalankan aktiviti selamnya hingga ke dasar laut dan dengan takdir Allah, dia telah jumpa 1 sungai dalam laut..apa yang lebih mengagumkan, sungai tue airnya xbercampur dengan air laut di sekelilingnya..SUBHANALLAH..sungguh besar kekuasaan Allah itu dan perkara tersebut ada disebutkan dalam Al-Quran..saintis tersebut hairan dan mula mengkajinya hingga dia jumpa keterangan tue dalam al-Quran yang akhirnya membuka hati dia untuk mengakui bahawa Islam itu benar dan dia memeluk Islam, beriman kepada yang 1 tuhan sekalian alam yang menciptakan segala-galanya..terasa diri neh sangat kerdil sebab walaupun telah dilahirkan dalam Islam tapi amalan sangat kurang..sepatutnya kita tersangatlah bersyukur sebab lahir dalam Islam dan dibesarkan dengan cara hidup Islam..tapi aku still lalai dan lupa dengan apa yang rahmat Allah yang 1 itu..

Tersentuhkan mendengar cara penyampaian Allah kepada hambaNya..dalam berbicara tentang hidayah, aku teringat kejadian beberapa hari lepas..situasinya berlaku di suatu kedai menjual buku-buku..aku sememangnya sangat tertarik bila melihat buku-buku..bila dah pilih buku yang aku nak, duit dibayar dan tuan kedai tue mintak aku cukupkan RM10 lagi supaya digenapkan menjadi RM50..so dalam nak cepat tue aku pilihlah buku apa yang nak..semuanya berharga RM20 ke atas..pada mulanya aku nak amik buku ilmiah biasa je tapi tiba-tiba terpandang deretan majalah Solusi yang sememangnya dah lama ushar cuma xterbuka hati lagi nak beli..then I just decide nak tukar buku yang aku amik tadi dengan majalah Solusi..banyak sangat pilihan majalah tue sampaikan xtau yang mana 1 nak amik..kalo boleh aku nak amik tajuk yang betul-betul kena dengan apa yang aku cari..

Mujahadah melawan nafsu..
Dalam mencari itu, aku memang teragak-agak nak amik yang mana 1..tapi ntah camna hati tergerak nak tengok yang duk kat bawah sket yang tajuknya terlindung buku di depannya..hati dan tangan aku tergerak untuk membelek buku tersebut dan terus mencapainya bila terbaca tajuk utamanya memang kena dengan apa yang aku cari..dah balik aku langsung xbukak majalah tue..tadi barulah aku luangkan masa sket untuk baca isu utama yang diperkatakan..terus mengucap kesyukuran sebab ia tersangat-sangatlah membantu aku dalam mencari identiti aku selama neh..1 kefahaman yang menguatkan lagi hati aku kepada Tuhanku..menguatkan lagi keazaman aku untuk terus mencari keredhaan dan keberkatan serta keampunan dari Tuhanku yang Maha Esa..Ya Allah, ampunilah aku...


p/s : apa isinya dalam majalah Solusi tue akan aku sampaikan kemudian..

Hari-hari Ku~~~


Dah lama xupdate blog..banyak yang ingin diceritakan cuma mood untuk menulis tue xde..skang Alhamdulillah ada sket kerajinan nak menulis selepas beberapa perkara yang dilalui..insyaAllah akan dicatatkan satu persatu perjalanan aku sebagai hamba Allah ini..

They are cool..even it is just a drama but I do like the way they being  brothers..
Alhamdulillah..selepas beberapa siri kisah duka yang menimpa aku tempoh hari, aku mendapat pula beberapa khabar gembira yang membuatkan aku betul-betul rasa bersyukur..terasa doaku “moga ditenangkan kegoncangan dalam hidup kami” diperkenankan Tuhan..Kisah antara along dengan ateh..hujung minggu lepas, mom said that my oldest brother has back to home and sebelum balik ateh salam dengan dia dan mintak maaf..that is one relief in our live to seeing kami kembali bersatu dan berbaik-baik macam dulu..alhamdulillah sangat Allah membuka hati abang aku untuk saling maaf memaafi antara 1 sama lain..aku redha Allah menguji ateh dengan kesakitan yang dia rasai sekarang..pada luaran kesakitan itu kita lihat dengan penuh kesedihan tapi disebalik kesakitan itu terselindung seribu rahmat Allah yang akhirnya membuat kami tersenyum dan bersyukur dengan apa yang ada..moga Allah memasukkan ketaqwaan itu dalam hati kami hingga ke akhirnya..

Jom solat bersama kami..!!
Satu lagi khabar yang menggembirakan aku adalah bila mendengar my sis citer yang anaknya dah mula berminat nak solat..tiada yang lebih membahagiakan sebagai seorang ibu bila anak yang baru berusia 5 tahun dah berminat nak solat, alhamdulillah sekolah yang dia belajar tue mula memberi ransangan minda yang baik pada si kecil itu..moga hati yang suci itu, yang tidak mengenal erti dosa itu terus diterangi dengan cahaya hidayah dari Allah..kebetulan sebelum aku dengar khabar itu dari sis, aku tertarik dengan 1 buku..belajar solat bersama upin dan ipin..masa tue teringat pada si kecil yang 2 orang tue tapi xrasa nak beli lagi..malamnya aku call sis, lantas dia citer plak camtu..esoknya terus aku nekad beli buku tue untuk si kecil yang berdua..bukunya sangat menarik memandangkan budak-budak memang suka dengan watak upin dan ipin tue kan..so hari neh aku dah selamat post buku tue pada mereka dan InsyaAllah esok akan sampai..dan aku titipkan beberapa pesanan buat si kecil dengan penuh harapan moga suatu hari nanti mereka akan menjadi hamba Allah yang taat pada penciptaNya..

InsyaAllah..

p/s : citer selanjutnya akan aku citerkan lagi dalam kisah yang berikutnya..