Kadang-kadang aku rasa nak jadi macam si B..dia yang sopan..yang lembut tutur katanya..yang peramah dengan semua orang..yang boleh bergaul dengan semua orang..tapi dalam masa yang sama, ada kekurangannya yang orang xnampak..
Lain waktu pula, aku ingin jadi macam si C..bijak orangnya, berkeyakinan dalam apa yang dilakukan..hebat percakapannya dengan fakta yang menarik..terserlah akan kepandaiannya..nampak macam sempurna tapi still ada kelemahan dilain aspek..
Hari neh aku nak jadi macam si D plak..dia alim je, merendah diri orangnya..berperwatakan yang lembut, sangat sweet bila dipandang..terserlah akan cahaya diwajahnya..tapi dalam 1 waktu yang lain, rupa-rupanya dia juga punya kelemahan yang tersendiri..
Dulu dear pernah cakap, dia boleh lepak untuk tengok dan menilai sikap manusia sampai berjam-jam..ye, memang aku akui..aktiviti sedemikian memang agak melekakan sebab kita boleh nampak betapa berbezanya sikap manusia itu..macam-macam gelagat dan aku memang xboleh lepak kat tempat orang ramai..sebabnya nanti aku akan leka memerhatikan orang dan silap hari bulan terlepas kata-kata yang xelok..so better aku jauhkan dari perkara camtukan..
Disebabkan sikap aku yang itulah, kadang-kadang aku terpesona dengan sesetengah sikap manusia..ye, setiap manusia nak jadi yang terbaikkan walaupun tidak sesempurna seperti Rasulullah s.a.w..dan akulah salah seorang yang slalu ingin menjadi seperti orang lain..pada 1 ketika aku memang nak jadi seseorang yang lain tapi bila sampai 1 saat, pemikiran rasional membatasi semuanya..aku sedar yang I cant be someone else but I just need being myself because it is I am..aku adalah aku dan xkan dapat menjadi orang lain..its better I think..bila kita nak jadi someone else, itulah yang menjadikan kita sebagai seorang yang hipokrit..
Terpaksa suka pada benda yang kita xsuka..terpaksa berlagak baik dengan situasi yang sebenarnya really worst..hipokrit kadang-kadang perlu dan kadang-kadang sangat xperlu..ada pro and con nya..apa salahnya hipokrit pada benda yang baik, demi kebaikan untuk semua orang..ye..mungkin inilah yang terjadi pada aku..