Aku bukan seorang penulis seni..aku hanyalah hamba Allah yang suka menulis apa-apa saja yang terlintas di fikiranku..menulis mengikut kemahuanku..berkongsi tentang kebesaran Allah yang aku temui dalam setiap saat hidupku..dan aku hanya ingin menulis dan menulis selagi hayat dikandung badan..selagi Allah mengizinkan..insyaAllah

Tuesday, February 8, 2011

Di mana harus ku mencari..?

Suatu waktu dulu, aku pernah mengenali seseorang yang bernama dd..perkenalan yang secara kebetulan itu telah merapatkan kami..ntah macam mana aku pun dah lupa..tapi yang paling aku ingat, kami mula menjadi lebih rapat masa bulan ramadhan tahun 2006..waktu sahur, dia mintak tolong aku kejutkan dia..dan begitulah seterusnya hingga hampir raya..tiap hari juga, mesti ada je mesej..tapi mungkin masa tue aku terlalu ego..aku xakan mula untuk mesej selagi dia xmulakan dulu..dan dah berapa kali dia tegur tapi aku still buat endah xendah..sedangkan masa tue aku dah mula suka dia..hmm..

Ada satu ketika tue, maknya sakit di kampung..dia balik kampung dan langsung xhantar kabar..lagi-lagi plak, bila aku call dia terus matikan phone..masa tue terasa suram je, terasa ketiadaan dia tue..balik je dari kampung, dia terus call..masa tue terasa hilang semua kesuraman yang telah singgah dalam diri..dan ketika itu jugaklah..buat kali pertamanya aku telah menyatakan kerinduan ku padanya..masih aku ingat aksi terkejutnya bila aku cakap..'saya rindu awak'..dia mintak ulang skali lagi, terasa cam salah dengar je katanya..hmm..kenangan tue buat aku tersenyum..tapi..semuanya telah berakhir..

Disebabkan keegoanku sendiri, dia telah pergi meninggalkanku..dan lepas tue aku mula berkasar dengannya..bila aku pikir balik skang neh, barulah aku sedar..mungkin silapnya pada aku..aku sendiri yang melepaskan dia pergi..kerana sikapku..dan akhirnya pertelingkahan antara kami berpanjangan dan terus memutuskan hubungan yang terjalin..walau aku xpernah mengistiharkan status kami tapi masing-masing tau bahawa kami saling suka antara 1 sama lain..cuma ego yang menghalangnya..betapa aku terlalu menyukai dia hinggakan aku termimpikan dia..pernah 1 malam aku bermimpi dia datang dan memberitahu bahawa jangan kacau hidup dia lagi dah..dia akan kawin..

Sedar je dari tido, terasa kesedihan dan dengan kuasa Allah..tidak lama selepas mimpi itu berlalu..dia telah menghubungiku..dan dalam mesej yang diutuskan, dia memberitahu bahawa dia telah berkahwin..dan sedarlah aku, Tuhan telah memberikan aku petunjuk dari awal supaya xdelah aku nak terkejut dan melemahkan diri dengan berita yang aku dapat tue..seingat aku, itulah kali terakhir aku berhubung dengan dia..perbualan yang terakhir dan di akhiri dengan pergaduhan..hmm..aku xpernah simpan nombor barunya semata-mata kerana marah..

Dan sekarang..ntah mengapa hati ku meronta-ronta untuk mencarinya..mungkin dipengaruhi 1 mimpi yang sekali lagi datang dalam hidupku..kali nie, dd datang dan menyatakan yang rumahtangga yang dibinanya telah hancur..sekali lagi sebaik saja tersedar dari tido, hanya kesedihan dan perasaan terkejut menyelubungiku..puas aku cuba memikirkannya dan xlepas aku berdoa moga janganlah mimpi itu menjadi kenyataan..hmm..keadaan aku plak makin menjadi teruk..aku cuba untuk hubungi nombor phone lamanya..aku pergi ke kawasan rumah neneknya..puas aku bertanya pada orang-orang yang berada di Kuala Lumpur..tapi semuanya masih xberhasil..harus di mana lagi aku mencarinya..?nama asal pun aku xtau, itu yang lebih menyukarkan misi ku..

Dah gaya orang giler talak plak aku neh..huhu buat masa neh aku betul-betul nak tau keadaan dia..harap-harap semuanya dalam keadaan yang baik buat dia..ntah la..kadang-kadang susah betul nak ditafsirkan perasaan neh..apakah masih ada sisa-sisa sayang buat dia..??hmm..Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment