Aku bukan seorang penulis seni..aku hanyalah hamba Allah yang suka menulis apa-apa saja yang terlintas di fikiranku..menulis mengikut kemahuanku..berkongsi tentang kebesaran Allah yang aku temui dalam setiap saat hidupku..dan aku hanya ingin menulis dan menulis selagi hayat dikandung badan..selagi Allah mengizinkan..insyaAllah

Friday, February 25, 2011

Kenapakah..?

kenapa..??kenapa..??kenapakah sejak akhir-akhir ini aku rasakan diriku terlalu berlainan..ketawanya makin kuat..bercakapnya makin banyak..adakah ia kesan ketidak stabilan mental ku pada ketika ini..??terasa dengan pandangan temanku yang melihat pelik padaku..seakan-akan terlalu gembira melebihi tahap biasa..ntah mengapa pula aku seakan-akan sukar untuk mengawal keadaan..apakah ini tandanya, usia ku hampir tiba ke penghujungnya..??apakah sesuatu ribut akan mendatangi hidupku kali ini..??

Ya Allah..sungguh aku risau akan keadaan ini..walau apa pun dugaan Mu, Kau berilah aku kekuatan dan kesabaran dalam mengharunginya..Jadikanlah aku hambaMu yang terpilih dan janganlah aku tergolong dalam golongan orang yang melepasi tapisanMu Ya Allah..aku ingin menjadi antara orang-orang yang terakhir, yang kekal dalam tapisanMu..bantulah aku, berilah aku kesabaran..aminnn

Friday, February 11, 2011

Hari tidak selamanya mendung

Mendung yang telah menjengah dalam hari ku telah beransur beredar..sinar matahari kian menyerlah..membawa seribu pengertian, bahawa langit tidak akan selamanya mendung..kesedihan dan kesuraman hatiku cuba diubati dengan mengenang akan orang-orang yang pernah hadir dalam hidupku..orang-orang yang telah menjadi sebahagian dari hidupku, yang menggembirakanku..

Tuesday, February 8, 2011

Di mana harus ku mencari..?

Suatu waktu dulu, aku pernah mengenali seseorang yang bernama dd..perkenalan yang secara kebetulan itu telah merapatkan kami..ntah macam mana aku pun dah lupa..tapi yang paling aku ingat, kami mula menjadi lebih rapat masa bulan ramadhan tahun 2006..waktu sahur, dia mintak tolong aku kejutkan dia..dan begitulah seterusnya hingga hampir raya..tiap hari juga, mesti ada je mesej..tapi mungkin masa tue aku terlalu ego..aku xakan mula untuk mesej selagi dia xmulakan dulu..dan dah berapa kali dia tegur tapi aku still buat endah xendah..sedangkan masa tue aku dah mula suka dia..hmm..

Ada satu ketika tue, maknya sakit di kampung..dia balik kampung dan langsung xhantar kabar..lagi-lagi plak, bila aku call dia terus matikan phone..masa tue terasa suram je, terasa ketiadaan dia tue..balik je dari kampung, dia terus call..masa tue terasa hilang semua kesuraman yang telah singgah dalam diri..dan ketika itu jugaklah..buat kali pertamanya aku telah menyatakan kerinduan ku padanya..masih aku ingat aksi terkejutnya bila aku cakap..'saya rindu awak'..dia mintak ulang skali lagi, terasa cam salah dengar je katanya..hmm..kenangan tue buat aku tersenyum..tapi..semuanya telah berakhir..

Disebabkan keegoanku sendiri, dia telah pergi meninggalkanku..dan lepas tue aku mula berkasar dengannya..bila aku pikir balik skang neh, barulah aku sedar..mungkin silapnya pada aku..aku sendiri yang melepaskan dia pergi..kerana sikapku..dan akhirnya pertelingkahan antara kami berpanjangan dan terus memutuskan hubungan yang terjalin..walau aku xpernah mengistiharkan status kami tapi masing-masing tau bahawa kami saling suka antara 1 sama lain..cuma ego yang menghalangnya..betapa aku terlalu menyukai dia hinggakan aku termimpikan dia..pernah 1 malam aku bermimpi dia datang dan memberitahu bahawa jangan kacau hidup dia lagi dah..dia akan kawin..

Sedar je dari tido, terasa kesedihan dan dengan kuasa Allah..tidak lama selepas mimpi itu berlalu..dia telah menghubungiku..dan dalam mesej yang diutuskan, dia memberitahu bahawa dia telah berkahwin..dan sedarlah aku, Tuhan telah memberikan aku petunjuk dari awal supaya xdelah aku nak terkejut dan melemahkan diri dengan berita yang aku dapat tue..seingat aku, itulah kali terakhir aku berhubung dengan dia..perbualan yang terakhir dan di akhiri dengan pergaduhan..hmm..aku xpernah simpan nombor barunya semata-mata kerana marah..

Dan sekarang..ntah mengapa hati ku meronta-ronta untuk mencarinya..mungkin dipengaruhi 1 mimpi yang sekali lagi datang dalam hidupku..kali nie, dd datang dan menyatakan yang rumahtangga yang dibinanya telah hancur..sekali lagi sebaik saja tersedar dari tido, hanya kesedihan dan perasaan terkejut menyelubungiku..puas aku cuba memikirkannya dan xlepas aku berdoa moga janganlah mimpi itu menjadi kenyataan..hmm..keadaan aku plak makin menjadi teruk..aku cuba untuk hubungi nombor phone lamanya..aku pergi ke kawasan rumah neneknya..puas aku bertanya pada orang-orang yang berada di Kuala Lumpur..tapi semuanya masih xberhasil..harus di mana lagi aku mencarinya..?nama asal pun aku xtau, itu yang lebih menyukarkan misi ku..

Dah gaya orang giler talak plak aku neh..huhu buat masa neh aku betul-betul nak tau keadaan dia..harap-harap semuanya dalam keadaan yang baik buat dia..ntah la..kadang-kadang susah betul nak ditafsirkan perasaan neh..apakah masih ada sisa-sisa sayang buat dia..??hmm..Wallahua'lam..

I'm back..!

Hmm..alhamdulillah dah pun sampai campus..naik bas semalam betul-betul menggerunkan..first time aku naik bus double decker..perghh..serius agak risau, mana taknya..skang neh ada saja excident yang melibatkan bas luar..apa-apa pun alhamdulillah la dah pun selamat sampai..sebelum balik terasa cam berat hati nak tinggalkan penang..ntah mengapa terasa banyak plak kenangan di sana even hanya 2 tahun saja aku di sana sebelum neh..

Yang paling menyedihkan, bila lalu depan bukit jambul..giant..tapak bazar ramadhan yang dekat sunshine tue..di situlah terciptanya kenangan bersama abang aku yang sorang tue..dia memang baik dengan adik-adik..aku memang sayangkan dia tapi semuanya dikaburi oleh perasaan dengki dan dendam yang tersimpan dalam dirinya..sungguh menyedihkan..apakah tidak akan dapat diubati lagi penyakit tersebut..?teringat masa dulu..dalam ramai-ramai abang aku, dialah yang selalu menemankan aku..walaupun dia xde duit, dia tetap datang amik aku..bawak g beli makanan untuk berbuka, masa tue aku duk umah kak ngah dah..dia tau aku suka makan kebab, dibelinya 2 bungkus untuk aku..untuk dia??makanan biasa-biasa saja..abang aku yang lain xseperti dia..mengapa semua ini perlu berlaku dalam keluargaku??

Ya Allah, kembalikanlah abangku pada kami seperti dulu..kemanakah hilangnya sikap penyayang dia..kemanakah menghilangnya senda gurau dia..?sungguh aku rindu saat-saat itu..tapi bila balik umah xberani plak nak tegur dia..dia makin garang dan sikap panas baran dia memang buat aku xselesa untuk tegur..hmm...abang long jauh berbeza..aku suka bila dia bercerita..memang slalu memotivasikan aku..peristiwa kat umah dia, rasanya dia perasan aku menangis..betul-betul sakit hati terkenangkan sikapnya..nak bawak aku jalan-jalan pun xmampu, bukannya aku slalu pergi umah dia pun..tapi masa nak balik tue, terasa bersalah plak buat dia camtu..

Tapi apa boleh buat, bukannya saja-saja aku nak menangis..dia tue harus tau, apa yang telah buat adik dia yang sorang neh menangis..bukannya slalu pun adik dia menangis..nak tengok jugak lepas neh dia still akan berperangai camtu ke x..mulut je kata sayang adik tapi nak tunaikan janji dia pun susah..bukannya susah sangat pun, bawak g jalan-jalan kat air terjun je..memang tersemat di hatilah..cuti kali nie memang menyedihkan..ntah camna plak, aku boleh je cter kat adik pasal tue..skang neh terasa nak cakap ngan adik je, terasa teramatlah percaya pada dia..moga-moga Allah betul-betul makbulkan doa kami, moga adik jadi seorang hafiz Quran..InsyaAllah..

Sunday, February 6, 2011

cuti yang menyedihkan..

Sebelum cuti aku agak gembira dan xsabar nak balik..ditambah pula dengan gesaan along, katanya nak ajak g mandi kat air terjun..dengan penuh bersemangatnya aku pergi ke kempas untuk mendapatkan tiket..tapi malangnya xde tiket..kalo ada pun kena turun kl dulu, then baru tukar train ke penang..sampaikan aku merajuk ngan ma gara-gara ma xbagi aku ke sana kalo kena g kl dulu..

Kegembiraan yang ku harapkan itu telah bertukar menjadi kesedihan buat ku..sepanjang cuti nie je dah 2 kali aku menangis..mungkin Allah marah sebab aku merajuk ngan ma sebelum cuti ari tue..mungkin inilah balasannya..balik je umah, salah faham antara ma dan aku betul-betul buat aku kecik ati..ingatkan bila dah bawak diri ke penang, keadaan akan okay dan menggembirakan..bila kat sini keadaan itu tetap sama..masih mengecilkan hati aku dan hari nie aku telah menangis lagi..mungkin along dan achik perasan aku menangis...sememangnya xdapat nak tahan lagi dah kesedihan ini..

Pantang betullah aku neh kalo orang janji dan xdapat nak tunaikan janji-janjinya..samalah ngan along aku tue..janji macam-macam tapi bila aku dah ada depan matanya, lain plak yang jadi..aku bukannya selalu datang sini tapi itu pun susah dia nak layan aku lebih sket..bukannya slalu dia nak bawak aku jalan-jalan..hmm..lepas neh memang aku malas lagi dah nak datang kalo dia janji apa-apa lagi..memang kecil hati sungguh sampai aku sanggup nak lari esok balik ke campus..biar dia tercari-cari..mulut je kata sayang tapi hati lain..!!konon-konon risaulah sangat kat aku..tapi tengok pada layanan jauh panggang dari api..

Rasa geram je nak cakap yang AKU DAH BESAR..!!tapi aku neh still ada hati nak jaga perasaan orang..asyik aku je yang kena..memanglah dia tue abang aku tapi xbermakna dia boleh je senang-senang nak layan aku macam tue..!!macam ditindas pun ada rasanya..mentang-mentanglah aku paling kecik..xtau nak citer kat sapa lagi dah..nasib ada jugak tiket untuk balik ke campus malam esok..tapi itu pun still xboleh nak puaskan hati aku..sedih dan kecik hatinya masih bersisa dalam hati ku..