Sepatutnya hari ini aku telah selesaikan semuanya..apa yang ingin aku lakukan..tapi semuanya tidak menjadi kerana aku yang tidak punya keyakinan diri..mengapa harus begini..geram pada diri sendiri yang sebegini..terasa seperti tidak berguna langsung..!!Setiap kali ingin ku mulakan sesuatu, inilah yang selalu menghalang diri untuk melakukan sesuatu dengan baik..
Lepas balik tadi, masuk bilik terus membuatkan diri terasa down..kesedihan yang hampir dilupakan mula kembali menyerang diri yang sedang kejatuhan..terasa seolah-olah tiada sesiapa lagi di sisi..pelbagai kisah sedih mula menerjah satu-persatu ke dalam kotak fikiran yang sempit..dan aku terus berwudhuk untuk bersujud padaNya yang Satu..memohon kekuatan untuk kembali berdiri..mengadu akan kesedihan yang memeritkan ini..seakan-akan terus menghimpit saluran pernafasan hingga membuatkan diri terasa seperti sesak untuk bernafas..
Mungkin aku terlalu lalai akan keduniaan ini maka Allah ingin kembalikan aku padaNya..tak guna betul diri ini..terlalu jauh aku hanyut..moga Allah perkenankan permintaan ku dengan segera, sungguh aku takut akan pergi lebih jauh..kalau sekali dah hanyut ke tengah lautan, mungkin susah untuk kembali ke tepian..
Cuaca diluar sekejap mendung dan sekejap lagi kembali panas..ia seakan menggambarkan emosi ku pada ketika ini..kadang-kadang ia terlalu tenang dan kadang-kadang ia memberontak yang teramat..bukan ku pinta untuk jadi sebegini..tapi hakikatnya inilah sebahagian dari hidupku yang harus dilalui..
Hati sedih disaat dia berada dalam kegembiraan bersama keluarganya..mengapa harus aku jatuh hati pada dia..mengapa wahai hati..??Tidak sepatutnya aku jatuh hati pada dia..ye..hati ini pinjaman dari Allah untuk ku, jadi tidak patut ku persoalkan akan kejadian Allah..Dia lebih berhak untuk mencampakkan perasaan sayang pada siapa pun dalam hatiku..hmm.....
No comments:
Post a Comment