Aku bukan seorang penulis seni..aku hanyalah hamba Allah yang suka menulis apa-apa saja yang terlintas di fikiranku..menulis mengikut kemahuanku..berkongsi tentang kebesaran Allah yang aku temui dalam setiap saat hidupku..dan aku hanya ingin menulis dan menulis selagi hayat dikandung badan..selagi Allah mengizinkan..insyaAllah

Tuesday, January 25, 2011

Alhamdulillah syukur..

Sungguh aku bersyukur pada Allah kerana melahirkan aku dalam keluarga ini..Walau kami hanyalah satu keluarga yang sederhana, adik beradik ramai tapi aku bahagia..Aku dilahirkan oleh seorang ibu yang berdarah campuran melayu cina@siam..asal usul nenek moyang sebelah mak dulu seorang ketua sami buddha..kata mak, dia pernah datang cari moyang aku satu ketika dulu..ntah camna boleh dapat moyang aku jadi melayu pun aku xtau..moyang aku plak dilahirkan kembar..seorang perempuan dan seorang lagi lelaki..yang lelaki selalu pergi mencari ilmu dan dia pandai dalam hal-hal perubatan tradisional..Alhamdulillah mak citer dia boleh digolongkan dalam golongan orang yang dikira alim jugaklah..

Sebelah abah plak..Dari citer yang aku dengar, tok wan seorang guru sekolah agama..abah dilahirkan dan dibesarkan dikawasan pondok..Tok sedara aku telah membuka pondok dikawasan itu dan mula mengajar anak-anak disitu dalam ilmu agama..Alhamdulillah yang aku paling bersyukur, abah telah mendidik kami dengan pengetahuan dan ilmu agama yang ada padanya..masih aku ingat, bila aku bising masa aku nak pilih baju sukan sekolah..bajunya besar dan bila aku cakap pada abah pasal sizenya, abah jawab xpela besar sket..bolehlah tutup aurat..sampai sekarang aku masih ingat lagi, abah menegur dengan penuh kelembutan..

Alhamdulillah jugak, dalam diri ini sentiasa inginkan pada pendekatan kepada Allah..dulu abah sendiri yang mengajar kami membaca Al-Quran..abah garang sangat..kadang-kadang sampai kena rotan kat abah sebab kepala pikir benda lain sambil mengaji so susahlah nak ingat apa yang dibaca..abah pernah cakap nak upah orang datang mengajar tajwid pada kami tapi hasrat abah xkesampaian, dia dah pergi dulu..Sungguh aku bersyukur, walau dah lama abah xde..hati ini tetap nak membaca Al-Quran..kalo dah lama xbaca rasa rindu sangat..macam xsempurna hidup..!!Alhamdulillah hati ini masih punya keimanan walaupun hanya senipis kulit bawang..

Manusia memang punya terlalu banyak kelemahan..tidak semestinya seseorang yang pakai tudung labuh dan dari luarannya nampak alim, bermakna dia seorang yang baik dalam dan luaran..dan tidak semestinya seseorang yang luarannya nampak buruk dan tidak sopan, dalamannya juga jahat dan buruk seperti luarannya..kadang-kadang manusia akan tergelincir dari landasannya tapi selagi dia berpegang pada tali Allah, InsyaAllah dia akan kembali padaNya..semua ini ku katakan bukan semata-mata ucapan yang terlintas di fikiran ini tapi ia memang terjadi dalam hidupku..Aku telah melalui segala ujian itu dan sekarang aku masih memperbetulkan apa yang salah dengan sedaya upaya ku dalam melawan musuh dalam diriku sendiri..

Telah agak jauh aku terbabas dari jalanNya tapi masih ada keinginan dalam diri untuk memperbetulkan semuanya..orang yang baru mengenali diriku selalu mengatakan aku baik tapi hakikatnya hanya Allah yang tahu..hmm..inilah yang betul-betul membuatkan hatiku teramatlah bersyukur dengan apa yang aku ada..bila ku lihat orang-orang disekelilingku..agak sedih dan terkilan..pernah sekali ada antara kawanku yang mengatakan padaku.."kau pun macamlah alim sangat..!!" itu yang aku dapat bila aku menegur dia terlalu seronok dan bangga dengan aurat yang terdedah..ye memang aku bukan alim, malah aku mungkin lagi teruk darinya..tapi kita sebagai manusia tidak harus mempersoalkan alim ke tidak seseorang itu bila dia menegur kita untuk kebaikan bersama..

Jangan memilih orang untuk kita mendengar nasihat yang baik..tidak kiralah samada dia seorang pencuri ke apa..kalau yang baik diperkatakan, maka ambillah sebagai pengajaran..kalau benda yang tidak elok jangan sekali-kali dijadikan sebagai ilmu..Alhamdulillah..semoga aku tidak tergolong dalam golongan orang yang tidak mahu mendengar nasihat yang baik dari orang lain..aku tidak mahu menjadi orang yang jahil..biarlah aku belajar sedikit demi sedikit..dan InsyaAllah akanku amalkannya..

Ya Allah, tetapkanlah iman dalam hatiku..jauhilah aku dari kejahilan..beri aku kekuatan dalam melawan musuh dalam diriku sendiri..pertemukanlah jodohku dengan orang yang boleh membimbing diri ku terus ke jalanMu..Sungguh aku memerlukan orang yang sentiasa mengingatkan aku padaMu..Lindungi dan peliharalah keluargaku Ya Allah..panjangkan umur kami untuk terus beribadah kepadaMu..matikanlah kami dalam keadaan beriman..ampuni dosa kami Ya Allah..aminn..

Tuesday, January 18, 2011

Creepy Experience

Hari nie dah la bangun awal..sejak dari pukul 7 keluar sampailah ke 11 malam barulah dapat kembali ke bilik..pergh..!!terlalu penat untuk mendapatkan satu pengalaman yang agak menyeramkan..agak lewat tiba di tempat yang dijanjikan..diberitahu bahawa kamilah satu-satunya kumpulan yang telah dibenarkan masuk ke dalam..alhamdulillah peluang yang diberikan telah dimanfaatkan sepenuhnya..tapi yang menyeramkan, sampai sekarang masih terbayang-bayang lagi akan keseraman tempat tersebut..situasi dan keadaan sekelilingnya menambahkan lagi kegerunan berada dikawasan tersebut..

Boleh jadi mimpi ngeri dibuatnya..huhu ntah camna la untuk yang seterusnya..mereka di sana memang memerlukan pemulihan dari segi mental..Ya ALLAH, lindungi aku dan keluargaku dari tempat yang sebegitu..boleh jadi giler bila terpisah dari dunia luar..Hmm..mood tiba-tiba berubah menjadi keruh bila memikirkan perkara yang satu itu..kemudian mulalah perkara-perkara lain datang mengganggu sama..geram betul..tapi xlama kemudian ingatanku telah menerawang kepada si kecil yang 2 orang tue..gelagat mereka telah membuatkan aku tersenyum setiap kali mengingatinya..

Alhamdulillah aku dikurniakan 2 orang anak buah yang comey dan pandai..walau agak nakal tapi itukan memang sikap kanak-kanak..seronok kalo dapat bersama mereka walau penat camna sekalipun xpuas dalam melayan kerenah masing-masing..Hmm..kestabilan hati kembali diganggu oleh bayangan-bayangan dikawasan tersebut..janganlah sampai mimpi ngeri aku di sini..huhu xde tempat nak mengadu..dulu bolehlah nak mengadu pada dia..hmm..tengoklah..asyik-asyik dia je dalam kepala neh..benci...!!!!

Friday, January 14, 2011

Senyum..Tawa..Menangis..

Terkadang..di kala waktu pagi menjengah, cuacanya sungguh indah..teriknya matahari, awan berarak perlahan..menyuburkan dan menceriakan hidupan..ku sangkakan panas itu berpanjangan hingga ke petang namun ternyata tekaanku salah sama sekali..

Ketika waktu baru sahaja berganjak ke petang, awan mendung tiba-tiba sahaja menyelubungi langit..hilangkan keceriaan sang mentari yang baru saja terbit..keadaan mula menjadi suram dengan suasana gelap..angin yang melanda tidak menentu dalam membawa awan gelap..hujan mula renyai-renyai menitiskan diri ke bumi..keadaan makin suram dengan hujan yang makin lebat menyimbah bumi yang mana satu ketika tadi begitu indah..

Namun..dalam kesuraman itu, awan mendung yang mengandungi hujan mula ditiup angin pergi..hingga mula menampakkan sedikit demi sedikit cahaya sang mentari yang kembali menyinari bumi..hidupan mula keluar untuk sekali lagi menikmati keindahan itu..sang pelangi juga mula muncul menyerlahkan keindahan warnanya yang menggambarkan kegembiraan hatinya..

Begitulah jualah kehidupan kita sebagai manusia..sebaik saja terjaga dari tidur, hati ini berbunga riang..namun keriangan itu tidak semestinya akan berpanjangan hingga ke petang, mungkin akan ada sesuatu yang akan menyentap keriangan itu dari kita..dan kesedihan mula melanda diri namun jangan berputus asa dengan kesusahan yang menimpa..sesungguhnya kesedihan itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang hanya akan memburukkan keadaan tapi ia sesuatu yang akan memberi kebahagiaan dikemudian hari..

Menangislah sepuasnya..hingga tiada lagi sisa airmata, aku percaya satu hari nanti ALLAH akan menghadiahkan sebuah pelangi yang begitu indah..waktu itu kita akan tersenyum lebar dengan penuh kebahagiaan..dan kebahagiaan itu sedikit sebanyak memberi kekuatan untukku dalam menghadapi mendung yang bakal tiba lagi bila-bila masa hingga akhir hayatku..terima kasih Ya ALLAH kerana sentiasa bersama hambamu ini walaupun diri kotor dengan dosa-dosa dan hina..

Ampuni dosa-dosaku dan ampuni dosa kedua ibubapaku..kasihanilah mereka yang telah membesarkan aku, yang telah mengajarkan aku tentangMu..ampuni juga adik beradikku..sungguh merekalah darah dagingku dunia akhirat..jauhkan kami dari api neraka dan seksa kuburMu..golongkanlah kami dalam golongan orang-orang yang beriman kepada Mu Ya ALLAH..aminnn..

Thursday, January 13, 2011

Pengalaman baru

Alhamdulillah ari nie dapat 1 lagi pengalaman dalam hidup..pergi ke satu tempat di mana orang tertentu sahaja yang boleh memasukinya.. :-) Next week akan mungkin akan berpeluang untuk masuk ke dalam kawasannya pulak..meneliti dan melihat kehidupan satu komuniti yang tak terlintas di kepala pun..

Ini peluang yang Allah dah bagi..so selain dari berjalan, sama-samalah perhatikan kejadian Tuhan dan jadikan sebagai iktibar dalam diri..Alhamdulillah jugak semalam aku dapat menundukkan musuh dalam diri ku sendiri..moga kekuatan yang aku ada akan bertahan hingga ke akhirnya..satu visi seakan-akan wujud dalam diri..akan ku cuba bercinta dengan Maha Kuasa..akan ku lakukan seperti mana keperluan yang akan ku berikan pada yang tersayang..akan ku cuba dan moga dipermudahkan Tuhan..aminn

Tuesday, January 11, 2011

I'm down..!!

Semalam diri betul-betul terasa 'down'..ke mana hilangnya keyakinan dalam diriku selama ini..?mengapa susah sangat untuk meyakinkan diri sendiri..sememangnya sejak dari dulu lagi keadaan ini tapi bila dah masuk U neh makin menjadi-jadi plak..hmm..bekerja dalam bidang yang aku ceburi ini memerlukan aku menjadi seorang yang lebih berkeyakinan..macam manalah nak meyakinkan diri sendiri..dari fizikalnya jugak nampak sangat yang aku tidak yakin pada diri..

Hampir seharian aku bersedih..bersujud dan mengadu padaNya..inilah hakikatnya manusia..ketika dia gembira, terus dilupakan Penciptanya..dia lupa bahawa semua kegembiraannya itu adalah pinjaman dari Yang Maha Kaya..dan apabila kegembiraan itu mula melalaikan dia, maka Allah turunkan kesedihan padanya..ketika itu barulah dia kembali mengingati pada Yang Maha Kaya..sungguh Allah amat menyayangi hambaNya tapi manusia sering buruk sangka pada Allah..apa yang terjadi inilah sabagai peringatan padaku..namun sering kali juga aku lupa pada Pencipta ku..terima kasih dan berjuta kesyukuran ku ucapkan kerana dalam kelalaian ku Allah masih memberi ingatan untuk kembali berada dalam landasanNya..

"Tidak semestinya apa yang amat kita sukai itu adalah terbaik buat kita dan tidak semestinya apa yang kita tidak sukai itu adalah buruk bagi kita..hanya Allah yang lebih mengetahui mana yang terbaik buat hambaNya.." Itulah kata-kata yang memberi semangat dan memulihkan kembali ketika aku terjatuh..banyak kata-kata yang indah dan berkesan dalam mengembalikan semangat namun apakan daya, manusia mudah lupa..

Seperti yang di definasikan dengan perkataan 'insan' itu sendiri..Insan adalah membawa maksud pelupa..betullah sungguh manusia mudah lupa..pelbagai peringatan telah diberikan, pada ketika itu sahaja ia menjadi ketakutan..dan pada satu waktu yang lain, maka lupalah mereka akan peringatan itu..moga kita semua sentiasa berada dalam golongan orang-orang yang mendapat Rahmat Allah..aminnn

Saturday, January 8, 2011

Ntah ke berapa kalinya....

Sepatutnya hari ini aku telah selesaikan semuanya..apa yang ingin aku lakukan..tapi semuanya tidak menjadi kerana aku yang tidak punya keyakinan diri..mengapa harus begini..geram pada diri sendiri yang sebegini..terasa seperti tidak berguna langsung..!!Setiap kali ingin ku mulakan sesuatu, inilah yang selalu menghalang diri untuk  melakukan sesuatu dengan baik..

Lepas balik tadi, masuk bilik terus membuatkan diri terasa down..kesedihan yang hampir dilupakan mula kembali menyerang diri yang sedang kejatuhan..terasa seolah-olah tiada sesiapa lagi di sisi..pelbagai kisah sedih mula menerjah satu-persatu ke dalam kotak fikiran yang sempit..dan aku terus berwudhuk untuk bersujud padaNya yang Satu..memohon kekuatan untuk kembali berdiri..mengadu akan kesedihan yang memeritkan ini..seakan-akan terus menghimpit saluran pernafasan hingga membuatkan diri terasa seperti sesak untuk bernafas..

Mungkin aku terlalu lalai akan keduniaan ini maka Allah ingin kembalikan aku padaNya..tak guna betul diri ini..terlalu jauh aku hanyut..moga Allah perkenankan permintaan ku dengan segera, sungguh aku takut akan pergi lebih jauh..kalau sekali dah hanyut ke tengah lautan, mungkin susah untuk kembali ke tepian..

Cuaca diluar sekejap mendung dan sekejap lagi kembali panas..ia seakan menggambarkan emosi ku pada ketika ini..kadang-kadang ia terlalu tenang dan kadang-kadang ia memberontak yang teramat..bukan ku pinta untuk jadi sebegini..tapi hakikatnya inilah sebahagian dari hidupku yang harus dilalui..

Hati sedih disaat dia berada dalam kegembiraan bersama keluarganya..mengapa harus aku jatuh hati pada dia..mengapa wahai hati..??Tidak sepatutnya aku jatuh hati pada dia..ye..hati ini pinjaman dari Allah untuk ku, jadi tidak patut ku persoalkan akan kejadian Allah..Dia lebih berhak untuk mencampakkan perasaan sayang pada siapa pun dalam hatiku..hmm.....

Thursday, January 6, 2011

Hari yang seterusnya dalam hidup..

Hari yang berikutnya terus ku lalui dengan gagah jua walaupun masih tidak bermaya..moga setiap langkah ku disertai bersama dengan setiap doa-doa ku..Ya Allah..aku memerlukan mu dalam setiap waktu ku..tanpa mu aku lemah..


Apakah aku mula menjauh dari rahmatNya..sungguh aku tidak berdaya dalam melawan musuh ku..sungguh aku terlalu lemah..