Aku bukan seorang penulis seni..aku hanyalah hamba Allah yang suka menulis apa-apa saja yang terlintas di fikiranku..menulis mengikut kemahuanku..berkongsi tentang kebesaran Allah yang aku temui dalam setiap saat hidupku..dan aku hanya ingin menulis dan menulis selagi hayat dikandung badan..selagi Allah mengizinkan..insyaAllah

Friday, August 30, 2013

tahun ke-12

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..setelah sekian lama menyepi,masih diberikan peluang dari Allah untuk menulis..

akhir-akhir ini..beberapa perkara aku mula sedari..melayan kerenah si kecil yang sentiasa mau setiap keinginannya dituruti kadang kala menaikkan temperatureku..tapi tiba-tiba Allah memberi imbasan zaman ketika aku masih kecil..kisah di mana aku sangat memberontak tatkala kemahuanku tidak dituruti..

masyaAllah..baru aku sedar betapa bersabarnya abah masa itu dalam mendidik anak..banyak yang aku buat sampaikan bila diingat kembali kisah itu,cukup untuk aku rasa bersalah dan ingin ku putarkan waktu kembali bagi memohon maaf pada abah akan kedegilanku..

abah..saat ini hatiku sangat merindui kehadiran abah..19 ogos lepas,genaplah 12 tahun abah pergi..Allah maha penentu segala takdir..dalam usaha membaca kitabnya dalam bulan Ramadhan lepas,sampai pada tarikh kematian abah..ditakdirkan aku membaca surah yaasin ketika itu..sedangkan aku lupa pada tarikh tersebutlah abah pergi..memang sewajarnya dan sememangnya setiap tahun akan aku sedekahkan kesucian itu pada abah..subhanallah..semuanya terjadi atas takdirnya..

moga Allah ampunkan dosa kedua ibubapaku..aminnnn