Aku bukan seorang penulis seni..aku hanyalah hamba Allah yang suka menulis apa-apa saja yang terlintas di fikiranku..menulis mengikut kemahuanku..berkongsi tentang kebesaran Allah yang aku temui dalam setiap saat hidupku..dan aku hanya ingin menulis dan menulis selagi hayat dikandung badan..selagi Allah mengizinkan..insyaAllah

Tuesday, January 15, 2013

Chingu..!

chingu..friend..kawan..sahabat..
dalam takdir hidup aku, Allah telah temukan aku dengan seorang kawan yang baik aku kira..dia boleh dianggap sebagai sahabat bagi aku..kenapa aku cakap dia sahabat?? sebab dia xjemu berkongsi ilmu Allah, rezeki Allah dan kebaikan yang Allah bagi pada dia kat aku..

Seingat aku, kisah perkenalan aku dengan dia bermula dalam tahun 2005 kalau xsilap aku..penghujung tahun..masa tue semua orang layan Friendsterkan..aku pun salah seorang darinya..satu hari ntah mana datangnya ada sorang neh tegur aku nak kawan..biasanya lelaki je yang semangat nak kawan ngan pompuankan..tapi kali neh lain plak..sorang pompuan nak kawan ngan aku..masa tue sangat aku hairan tapi aku layankan je..bermalas mesej kat Friendster ada la dalam 3, 4 kali..then aku tanya dia, kenapa dalam ramai-ramai orang dia tiba-tiba nak kawan dengan aku..so dia jawablah, dia memang xramai kawan pompuan..kalo ada pun dari kaum lain..pada masa tue dia macam anti sket dengan budak melayu sebab certain-certain perkara..tapi alhamdulillah, Allah buka hati dia untuk kawan dengan budak melayu..hujung mesej dia pesan jangan salah paham, dia bukannya les ke apa..cuma nak berkawan je..

Dan aku pula dengan senang hati untuk berkawan dengan dia..sejak dari hari tue kami adalah bertukar-tukar cerita..apa saja boleh dikongsikan bersama..sampailah sekarang kami kawan tapi ada sekali tue, hampir dua tahun jugak lost contact..call xdapat, mesej pun xdapat..tiba-tiba dia muncul balik kat yahoo messenger..then start contact balik sampailah sekarang..apa yang membuatkan aku terharu, pernah sekali aku mintak tolong dia..then dia reply balik atas mesej rasa bersalah aku tue dengan jawapan :

"xpelah..rezeki yang saya dapat pun bukan semuanya milik saya..semuanya milik Allah dan datangnya juga dari Allah..kalo ditakdirkan saya kena kongsi dengan awak, maknanya itu hak awaklah.."

kadang bila kepala aku berat dalam menanggung beban pemikiran, so sharelah dekat dia..citer serba sedikit..dalam ketidaktenangan hati dia berkongsi kata-kata hikmah :

"dalam kehidupan manusia, akan diuji dan dicuba dengan berbagai bentuk seperti kesedihan hati, kemiskinan, musibah, hilang harta atau kerja, gagal dalam perjuangan dan lain-lain..setiap orang tentunya akan berdukacita atau hilang arah, hatinya susah dan sedih, tetapi bagi orang yang beriman dan beristiqamah, pasti akan dapat menguasai hatinya..mengawal perasaannya dan dapat menyelesaikan bebanan diri dengan penuh ketenangan..(sumber dari buku wahai jiwa yang tenteram).."

masa tuelah aku terpikir..Allah sangat mengetahui..sangat menyayangi aku..dalam diam DIA mengutuskan seorang sahabat macam dia..walau aku xpernah jumpa dia, dengan ilmu yang dia selalu kongsi dengan aku sudah cukup untuk membuatkan aku yakin dengan dia..xkisahlah macam mana rupanya yang sebenar, janji dia banyak mendatangkan kebaikan pada aku dengan izin Allah..dan akan ku doakan, semoga dia dan keluarganya dimurahkan rezeki, dilindungi dan sentiasa diberkati Allah..aku mungkin xmampu nak bayar segala budi baik dia, hanya dapat aku mohon moga Allah permudahkan semuanya bagi dia..aku percaya Allahlah yang mampu membalas sebaik-baiknya untuk sahabatku itu..

"kita kawan sebab Allah.."


Monday, January 14, 2013

Lets BE a BETTER person

Since we're still greeting the new year, lets set a goal..to be a better person in this year..yeaa..of course not just this year, every year we should be improve ourself..because we should know our purposes to live in this world..

As for me..this year I am really..really..really wants to be a better person..selepas review beberapa perkara berkaitan, so for the first step I am decided to erase some memories..I mean...hmm..a bad memories for me..something yang akan mengingatkan kita pada kejahilan kita yang dulu..hmm..adakah benda yang kita tau hukum hakamnya tapi kita still buat dikira kejahilan? atau zalim pada diri? apa yang aku paham, jahil adalah orang yang tidak tau hukum hakamnya..tapi lepas baca majalah Jom, lain pula maksudnya..you should read this magazine, it was more benefit than other artist gossip magazine..
**untuk melanggan secara online, klik majalah JOM!

Okay, continue dengan citer sebelum neh..so for me, as I wanna be a better person..kalau boleh mau saja aku delete semua kenangan yang hanya mengingatkan aku pada kejahilan itu..tapi sudah tentulah itu di luar kemampuan kitakan..so apa yang mampu, aku hanya delete semua benda yang nampak pada mata kasar..hati nekad untuk buang semuanya..alhamdulillah setakat ini semua yang aku nampak aku dah buang..demi Allah, tidak mau aku menjejakkan lagi kaki ke jalan yang tidak betul..AKU MAHU BEBAS JAHILIYAH..!! 

Seperti yang diceritakan oleh SHAM Kamikaze, untuk berubah kita perlu berada dalam environment yang sihat..kawan-kawan yang bersih..yang sentiasa saling mengingatkan..bukan mudah nak tinggalkan apa yang dah sebati dengan diri sejak sekian lama..aku tersangatlah suka membaca atau mendengar kisah-kisah orang yang berubah dengan hidayah Allah..sungguh hati neh terpegun..moga Allah sentiasa mendekatkan aku dengan tarbiyahNya..

Pada masa sekarang, apa yang aku perhatikan..boleh dikatakan aku berada dalam environment yang baik..dengan kawan-kawan yang sentiasa mengingatkan..dan hati aku sangat mahu untuk berubah..Alhamdulillah, itulah yang sangat membuatkan aku rasa bersyukur sangat bila memikirkan Allah sentiasa memberi aku ilham..untuk SENTIASA mengingatiNYA..so buat masa neh memang aku dah delete dan buang benda yang hanya akan mengingatkan aku pada kisah lama..

Untuk stage yang seterusnya, aku masih mencuba untuk melaksanakan apa yang dirancangkan..tapi disebabkan beberapa kekangan, aku masih tidak mampu..bila diperhatikan teman-teman yang mewah hidup dan gunakan apa yang Allah bagi, pada benda yang xsepatutnya..sungguh aku rasa terkilan dan frustrated..kasihan mereka, mungkin mereka tidak sedar akan hakikat dunia yang sementara ini..dan aku yang sangat memerlukan tidak mempunyainya..apa pun halangan, I will not just standing there and wait..I am looking for another initiative..

Last but not least, I am wishing Happy New Year to all muslimin and muslimat..semoga tahun ini kita sentiasa dirahmati Allah..sentiasa berazam untuk menjadi hamba yang lebih baik..taat pada Allah..

WRITE A GOOD ONE on the our 365 page book.