Aku bukan seorang penulis seni..aku hanyalah hamba Allah yang suka menulis apa-apa saja yang terlintas di fikiranku..menulis mengikut kemahuanku..berkongsi tentang kebesaran Allah yang aku temui dalam setiap saat hidupku..dan aku hanya ingin menulis dan menulis selagi hayat dikandung badan..selagi Allah mengizinkan..insyaAllah

Wednesday, November 23, 2011

Semangat yang Hilang

Ntah apa penyakitnya, semangat nak mencari ilmu Allah tue makin pudar..badan rasa xbermaya je..cepat penat, malas, ngantuk semua adalah..kadang-kadnag geram jugak, asal bukak buku je mata tue berat je..heee...thats so annoying..tadi lepas maghrib, ngadap keje sket mata dah ngantuk..kebetulan orang azan, so aku tongkat dagu kejap kat meja sementara azan tue abih..skali boleh lelap sampai ntah ke mana plak..xpasal-pasal kena amik wudhuk balik..masa solat tue pun xboleh nak kusyuk sangat bila dah ngantuk..lepas solat cepat-cepat baring dan set alarm..in case terlelap hingga xsedarkan..bila dah elok baring xmau plak dia lelap..itu yang buat aku hangin..

Masa tengah pejam mata tuelah, terpikir-pikir kejap teringat kata-kata yang pernah disampaikan sorang teman..kata-kata dia lebih kurang camnilah..

"..nak cari ilmu Allah bukan senang..akan ada je dugaan dan gangguan dari syaitan..menuntut ilmu itukan perkara baik..syaitan suka ganggu.."

then terus cam bersemangat..terus bangun dan hilang terus rasa ngantuk tue..dengan semangat yang berkobar-kobarnya aku bangun dan mula plan apa yang nak dibuat..alhamdulillah sket sebanyak semangat tue mula pulih..hope akan berkekalan..mungkin sebab keje yang dear bagi tadi..hmm..idup aku memang betul-betul dipengaruhi dear..janganlah terlalu bergantung sampai aku xboleh buat apa-apa kalo dear xde..huhu 


Friday, November 11, 2011

Menilai dengan KETAQWAAN

Setiap hari kita akan ada ujian dari Allah untuk menguji tahap keimanan dan ketaqwaan kita padaNya..untuk melihat sejauh mana keyakinan kita padaNya..Memang senang untuk menyatakan sesuatu tapi nak buat tue bukan senang..dan apa yang terjadi, xkisahlah kisah sedih ke..kisah suka ke..nilailah sesuatu itu dengan ketaqwaan pada Allah..mungkin ada yang pernah dengar, Allah akan uji setiap hambaNya dengan pelbagai cara..samada kesenangan dan kesusahan..yang biasa kita dengar Allah uji dengan kesusahankan..itu kira cam kebiasaanlah..dan jarang sekali kita dengar Allah uji dengan kesenangan..ermm..bukan jarang cuma kita yang xsedar sebenarnya semua tue ujian..

Erm..contohnya kat kampung aku..adalah sorang Uncle neh, nak dijadikan citer dia ada beli tanah..sebelum neh tanah bukit tue semua xnak sebab they see it as an abandone tanahlah kan..ntah camna 1 day they are found bijih kat bukit tue..then start dari situlah uncle tue bangunkan tempat tue and skang jadi lombong bijih katanya..bila dah bijih dijual, maka makin bertambah-tambahlah rezeki uncle tue..rumah dia bukan men besaq lagi..time raya haji mesti dia korbankan sekor lembu dan buat kenduri panggil orang kampung makan..pernah masa 1 hari kenduri tue, he called 1 ustaz neh..dia citer tentang camna dia boleh jadi kaya cam skang neh..katanya Allah uji dia dengan kekayaan untuk melihat camna dia syukur dengan nikmat tue..

Apakah dia akan lalai dan tamak seperti mana Qarun??

Apakah dia akan megah dengan kekayaan dia tue seperti Fir'aun??

macam-macam pun boleh jadikan..yelah, dia banyak duit..semua benda dia boleh beli tapi alhamdulillah dia menilai dengan penuh ketaqwaan pada Allah..dia xlalai malah dia makin pemurah..itulah yang kita nak..tapi sebaliknya pula yang berlaku pada sesetengah orang..bila dah banyak harta, pandangan pun mula kabur dengan perkara-perkara duniawi..dan itu jugalah yang berlaku bila kita kejar dunia..kadang-kadang sanggup tinggal solat sebab lebih pentingkan kerja..so camna nak dapat keberkatan dari rezeki yang kita cari tue kalo Allah murka pada kita?? 

Hmm..kadang-kadang ujian yang datang melemahkan semangat kita untuk terus berdiri menghadapi kenyataan tapi jangan mudah mengalah..bertahanlah dan mohon kekuatan pada Allah..cuba fikirkan dan open your mind..seteruk mana pun masalah kita, kalo nak dibandingkan dengan orang lain ada lagi yang lebih teruk..InsyaAllah bila pikir macam tue sket sebanyak akan melegakan hati kita..kebiasaannya aku memang slalu camtu untuk melegakan hati aku..pernah kawan yang aku baru kenal cakap, aku cuba pujuk diri dengan ayat-ayat camtu..dia cam xpuas ati kut bila tengok aku steady je bila some masalah happenkan..then aku boleh plak kluarkan statement pasrah je..jenis dia neh suka expresskan dia punya feeling on the spot..xkiralah depan boss ke apa, memang dia tunjuk je..I'm not like that..totally difference..since when we are in office aku tersangatlah passive..lebih banyak diam dari bercakap dan susah nak rapat dengan orang..tapi kalo dah skali aku selesa dengan orang tue nanti jenuhlah dia nak melayan aku bercakap..hahaha

renungkan setiap yang berlaku dengan mata hati yang penuh taqwa
Tapi itulah yang nak disampaikan..apa pun yang berlaku dan ujian yang datang just look at it dengan ketaqwaan padaNya..nilailah dengan keimanan dalam hati..InsyaAllah hati akan menjadi lebih tenang dengan mengikut ketentuan takdirNya..itu lebih baik dari melawan yang hanya akan meresahkan dan mensesakkan hati je..kehidupan pun xtenang..setiap berlaku ada reasonnya samada baik atau buruk sesuatu itu..kadang-kadang aku sendiri pun mengeluh then aku pikir balik baik buruknya..dan yakin ada hikmah tersembunyi disebaliknya..setakat neh memang agak berkesan dan jiwa pun owkay lagi..yang penting keimanan dalam hati terhadap Allah xterpadam..yakinlah Allah itu 1 dan segala janji Allah adalah benar..ada syurga dan neraka..kita xlayak untuk syurga Allah dan kita juga xsanggup untuk neraka Allah..apa yang boleh kita lakukan hanyalah berusaha untuk menjadi yang terbaik tanpa putus asa..kan itu juga salah 1 kehendak Allah..

Semoga akan menjadi pegangan buat diri sendiri dan orang lain..hidup dan mati kita hanyalah untuk Allah..tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah..

Wednesday, November 9, 2011

My brothers

Today I just wanna talk about my brothers..Alhamdulillah aku dikurniakan 3 orang abang..ketiga-tiganya punyai sikap yang berbeza tapi ada 1 persamaan..mereka tersangat melindungi aku..masa kecik, sejak adik aku dilahirkan..abah mula ajar kami untuk panggil dengan gelaran masing-masing..abah dah xnak panggil nama je..then mulai hari tuelah wujudnya nama abang long..abang teh dan abang chik..kehidupan aku banyak dipengaruhi dengan sikap mereka..yelah, siapa lagi aku nak ikut selain abang-abangkan..masa tue aku xrapat sangat ngan kakak..


abang long skang dah berumur awal 30-an..dialah yang sulung dan tanggungjawab dia memang berat dalam menjaga kami..for me, long seorang yang soft spoken..aku amat senang nak bincang apa-apa dengan dia..lagi-lagi dalam bab agama mana-mana yang aku xtau dia mungkin tau..dari pandangan mata aku, abang long seorang yang hebat..dia kalo bercerita, menarik perhatian orang dan dia boleh sampaikan apa yang dia baca mengikut turutan dengan baik..dan dia mampu ingat satu-satu perkara tue ikut mana yang didahulukan dengan baik sekali..kalo tengok movie ke apa, dia suka kaji dengan akal dia..then dia akan sampaikan pada aku dan yang lain..


emm..dia juga sangat pandai amik ati mak, that's why mom sayang sangat kat dia..baru je terdengar dia cakap nak makan apa-apa, mak terus cari bahan nak sediakan untuk dia..hati dia lembut sangat tapi sometimes kalo dia dah mengamuk teruk jugak..yang xboleh blah tentang abang sulong aku neh, dia teramat suka tengok cartoons..antara citer yang dia suka cam naruto, dragon ball, oggy dan banyak lagilah..kadang-kadang nama cartoons tue pun aku xpernah dengar..citer terbaru dia tengah giat menonton drama bersiri kamen rider..hmm..sampaikan pernah kawan dia cakap, hang neh umo je tua tapi cam budak-budak tengok cartoons..hmm..sikap dia yang satu tue mempengaruhi aku..hahaha


abang kedua aku kami panggil abang teh..dia anak ke-3 lepas kakak aku..orang cakap anak ke-3 neh element api kan..ermm..memang nampaklah dia punya sikap seorang yang panas baran sket..tapi kalo orang yang baru kenal xkan tau dia neh garang sebab character dia suka bergurau senda dan melawak dengan orang..prinsip dia, kalo orang buat baik dengan dia, maka baiklah layanan dia..skali orang buat jahat dengan dia siaplah orang tue..dalam family dialah yang paling banyak berkorban rasanya..dia akan berhabis diri dengan orang walaupun dia sendiri susah..dulu pernah skali, masa bulan Ramadhan..tau je aku suka makan kebab, skali 2 dia belikan untuk aku..terharu sangat..time aku borink, dia datang amik bawak jalan-jalan..abang aku yang neh pun seorang yang bijak..dia cepat belajar apa pun dan benda baru yang dia xpernah jumpa pun dia boleh cuba dan guna benda tue dengan baik..


lumrah kehidupan ada
suka dan ada duka
style abang aku yang neh relax je, cam style orang kampung..ermm..boleh dikatakan low profilelah tapi sejak dia balik duk kampung rasanya smua orang kenal dia..orang cakap dia salah sorang dari orang-orang yang digeruni di kampung aku..ada ala-ala samseng sket la..itu orang cakap tapi bagi aku dia bukan samseng cuma dia akan pertahankan apa yang betul dia lakukan..dia nampak je ganas dari luaran tapi bila jauh dari family menangis jugak dia..haha dulu dia pernah keje kat ipoh kejap tapi dia balik sebab sedih jauh dari family, dia call mom dan nangis-nangis..haha bila buat keje dia akan buat betul-betul, full commitment sampaikan dia punya boss pun cakap rezeki dia bergantung pada abang aku..abang teh neh pembawa rezeki buat dialah, lebih kurang camtulah bunyinya..tapi skang dia xbrapa sihat sangat, hope smuanya akan owkeh..sayu je tengok dia dalam keadaan skang neh..keadaan kami juga dah berubah..xsemesra yang dulu disebabkan satu perkara..skang kami hanya mampu berdoa semoga semuanya akan owkeh dan kembali seperti yang dulu..


then abang aku yang last kami panggil abang chik..sebenarnya dulu dia lebih rapat dengan kakak tapi skang dah jauh..then dia rapat dengan aku kejap tapi skali pernah berlaku salah paham antara aku dan dia, so kami agak renggang..tapi skang cam dah owkeh..dia slalu kena uji dengan penyakit..masa dia blaja kat poli dulu dia pernah kena denggi..dalam ramai-ramai student kat situ dia yang kena..dah la masa tue hanya dia je kat sana, jauh dari family..dia banyak kena uji dengan perkara-perkara camtu..dulu masa kecik mom cakap dia yang paling xcomey tapi bila dah besar neh nampak dia yang paling handsome..walaupun gelap, ramai peminatnya..haha aku dengan dia owkeh je, bolehlah nak satu kepala..dia pun sama dengan abang long, tengok kamen rider sama-sama..haha


itulah abang-abang aku..dorang suka ngusik aku sungguh-sungguh..kadang-kadang sampai menangislah jugak..merajuk-merajuk tapi xboleh lama..dorang memang dah tau kelemahan aku, kejap je dorang buat aku ketawa..kadang-kadang terasa rimas bila dorang ngusik sungguh-sungguh tapi itulah, bila dipikir-pikirkan balik semuanya adalah keindahan dan kebahagiaan dalam hidup aku..aku membesar bersama mereka, banyak yang aku pelajari dari mereka..sebahagian dari hidup aku juga banyak dipengaruhi dari mereka..kadang-kadang people can see how different I am with another girl..aku suka tengok citer perang, mitos..senang cakap citer-citer yang orang lelaki sukalah..mereka adalah sebahagian dari hidup aku yang teramatlah indah..walau buruk mana pun mereka,  they still my family and my brothers..setiap pengorbanan teramatlah aku hargai..terima kasih abang-abang..


Just follow your destiny and
one day you will smile for it..

Sunday, November 6, 2011

Purpose Of Life

This morning, bila terjaga dari tido I just bermalas-malasan lagi atas katil..then suddenly I remember 1 of a quote that my friends wrote..Setiap pagi bangun dari tido kita mesti ada tujuan hidup..lebih kurang camtulah bunyinya, cuma aku dah lupa full quote..ermm..As I am now,  I'm already have a purpose of life..Yelah, kalo ikutkan sunnatullah yang telah ditetapkan, we as Khalifah kat muka bumi niekan..untuk sebarkan kebesaran Allah..untuk beribadah kepada Allah..menghambakan diri kepada Maha Pencipta..Dalam masa yang sama kita mesti menjalani hidup dengan baik..dan pastikan tujuannya..I do have so many thing to do and to explore..but sometimes its makes me sooo malas owkeh..kadang-kadang nak kena cari mood dulu sebelum mulakan kerja..hmmm...

A few days ago I got some motivation from someone..boleh dikatakan orang kampung aku jugaklah orang tue..dia telah mengingatkan bahawa apa yang aku lakukan skang neh adalah salah 1 ibadah dan itu ilmu kepunyaan Allah..untuk mendapat ilmu Allah tue bukan senang, akan ada halangan dan sukar untuk mendapatnya..dan pastikan niat untuk mendapatkan ilmu itu adalah kerana Allah..menuntut ilmu juga adalah wajib..insyaAllah, kalo berfikiran camtu, maka ikhlaslah hati..dan mohon pada Allah agar diberi kekuatan dalam menghadapi segala ujian semasa beribadah ini..dengan setiap kata-kata yang diucapkan itu, sket sebanyak telah banyak menyedarkan aku..dengan status aku skang neh, aku memang memerlukan kata-kata yang sebegitu..


Hidup dan Mati kerana Allah
Sket sebanyak ia telah memulihkan semangat aku yang telah hilang sejak 2,3 hari lepas..and now, it will become revive again..alhamdulillah..banyak lagi yang telah disampaikan dan ia amat bermakna..yang pasti tujuan utama adalah kerana Allah semata-mata..jangan biarkan diri tunduk pada dunia tapi biarlah dunia yang tunduk pada kita..We are Allah slave, not duniya slave..juga pernah disebutkan bahawa kejarlah akhirat dan dengan sendirinya dunia akan datang pada kita..sebut pasal niat, membuatkan aku teringat pada Abang Long..dulu dia selalu ingatkan aku supaya niat nak g belajar kerana Allah..dan pesan dia telah aku lupa bila terlalu sibuk dengan pengajian..and now, someone dah mengingatkan semula..


Kadang-kadang perkara sebegini kita perlu mencarinya..dan Allah akan membantu dalam mempermudahkan semuanya..asalkan hati kita mau dalam menuju ke arah keberkatan Allah..insyaAllah..berusaha dan bertawakal pada Allah..

Wednesday, November 2, 2011

Sometimes

SOMETIMES...
We fall..
but SOMETIMES..
We smile..
SOMETIMES..
We cry..
but SOMETIMES..
We laughing..

There's lot to do in our life..lot of sometimes..kita akan merasai semua 'sometimes' neh..so..no wonderlah bila orang kata hidup umpama roda kehidupan..kejap di atas dan kejap di bawah..Tuhan itukan adil..dia nak kita perhatikan dan menilai apa yang terjadi..camna perasaannya bila kita di atas..adakah kita akan bermegah-megah atau kita akan mensyukuri nikmatnya dengan baik..then bila kita di bawah camna plak perasaannya..adakah kita akan berputus asa dengan ujian Allah..?? Erm..itulah hakikatnya..semalam bertimpa-timpa masalah yang datang dalam 1 masa tapi hari neh Allah bagi bertimpa-timpa juga kesenangan pada kita dalam 1 masa..

Comey macam saya.. :p
Apakah masih tidak mencukupi buat kita manusia..?? yang slalu ingkar dan hina ini..apa yang diperhatikan, sekiranya seseorang itu ditimpa kesusahan..janganlah disempitkan mindanya untuk berfikir mencari jalan penyelesaian..sebaliknya harus dipastikan mindanya terbuka untuk berfikir dengan luas dalam menyelesaikan masalah dan mencari perkara yang boleh memulihkan kembali semangatnya..ini sangatlah bersesuaian dengan 1 hadis yang menyatakan..Nabi Muhammad s.a.w tidak suka membebankan hatinya dengan kesusahan sebaliknya beliau menghiburkan hati dengan sesuatu yang menggembirakan dan melucukan..ini kerana hati yang slalu terbeban dengan perkara sedih hanya akan membutakan hati itu saja..

So..dalam menjaga hati supaya sentiasa bersih dan elok, kita hendaklah sentiasa menggembirakan hati tersebut..bila hati bersih dan cantik, maka dengan sendirinya akan terbitlah cahaya keindahan itu pada wajahnya..itu pun salah 1 dari petua mengekalkan awet muda..xpayah dah susah-susah nak pakai mekap tebal-tebal ke apa..ini lebih afdal kut.. (>_<)v