Aku bukan seorang penulis seni..aku hanyalah hamba Allah yang suka menulis apa-apa saja yang terlintas di fikiranku..menulis mengikut kemahuanku..berkongsi tentang kebesaran Allah yang aku temui dalam setiap saat hidupku..dan aku hanya ingin menulis dan menulis selagi hayat dikandung badan..selagi Allah mengizinkan..insyaAllah

Monday, October 31, 2011

Dissapointed

Hmm..untuk beberapa minggu neh aku menunggu dan menunggu..tiada apa yang aku dapat..semua penantian hanyalah sia-sia je..itu kata-kata aku sebagai seorang hamba yang lemah lagi hina..tapi kalo nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah..hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..hmm..sedih ke aku?? Gembirakah aku..?? xdapat nak ditafsirkan..dengan emosi aku hari neh yang sedikit terganggu, berita yang aku dapat neh hanya melemahkan aku..cam xde perasaan pun ada..hmm..macam-macam dalam kepala skang neh..peluang aku dah terlepas..lepas neh aku perlu lebih rasional dalam menyelesaikan masalah yang berlaku..

I'm down..!!

Kadang-kadang kita tengok manusia berselisih faham kerana hartakan..erm..ada harta yang banyak susah, xde harta pun susah..apa pun kitalah yang perlu mengatasinya dengan baik supaya apa yang dilakukan sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan..bukannya kemurkaan..kalo Allah dah murka, sekelip mata je Allah boleh tarik segala nikmatnya..hmm..Ya Allah..tolonglah hamba dalam menjalani kehidupan seharian ini..kadang-kadang ia terlalu berat hingga aku tidak mampu untuk bertahan dan rebah di tengah jalan untuk bertemuMu..ampuni aku dan berilah aku kekuatan..

Monday, October 24, 2011

Abah.. (T-T)

Ntah apa yang xkena ari nie menitis airmata terkenangkan pada abah..xtau apa sebab, elok je tengah solat tiba-tiba teringatkan abah dan dengan sendirinya bergenang airmata..sejak semalam lagi hati neh teringat dan rindu pada abah..ntah nape kecik hati plak bila pikir orang lain ada abah sebagai tempat mengadu..aku plak xde sapa..mom doesn'n know me well..hmm..walau dah lama abah xde tapi tetap rasa abah ada..nak sebut perkataan 'arwah' pun xsanggup..hmm..Abah......




Sejak semalam tiba-tiba je teringatkan abah..tadi plak tengah-tengah solat teringat abah lagi dan dengan tiba-tiba je airmata aku bergenang..hmmm..nape neh~~~ Do I am really miss abah now?? Sensitif plak bila mengenangkan orang lain ada je ayah sebagai tempat mengadu..aku neh, xde sapa..mom plak merajuk, bila call xnak angkat plak..kalo jadi apa-apa kat aku, baru mom nak menyesal kut..huhu rasanya dah lama aku xmenitiskan airmata bila terkenangkan abah..ari nie, tanpa dipaksa-paksa dan dengan relanya hati airmata tue keluar sendiri..apa maknanya semua ini..

Mungkin juga disebabkan kepala aku neh terlalu berat dengan beban lain yang tanpa aku sedari dah terlalu berat untuk ditahan dan inilah jadinya..I just feel lonely sangat-sangat..sunyi tanpa abah..tanpa mom yang memahami keadaan aku..tanpa keluarga..tanpa dear..perhaps..

Dulu masa abah ada, kami semua rapat sangat ngan abah..aku yang pernah jadi bongsu selama 6 tahun neh lagilah rapatkan..apa aku nak abah mesti dapatkan walau macam mana penat pun abah..masa abah sakit, orang kata dalam tempoh 40 hari nak meninggal perangai akan pelik..abah pun berubah sikapnya..sebelum tue punyalah garang, sakit sket kami semua kena jerkah..xkiralah depan orang ke x..abah memang garang tapi segarang-garang abah dia still boleh tolak ansur ngan anak-anak abah..mom lain, dia garang tapi dia sensitif..mom kalo nak marah, depan orang pun dia akan terus marah..itulah contranya antara mom dan abah..

owkeh..berbalik citer masa abah sakit..abah dah lama sakit dan badan abah lemah..bila dah lemah, makhluk-makhluk lain suka kacau..kesian betul tengok abah masa tue, xboleh nak lelap langsung..asal nak lelap je ada benda datang kacau..abah menjeritlah..pernah sekali masa aku jaga abah kat hospital, abah xboleh tido..turn aku jaga, abg long plak tido..xtau nak buat apa, yang mampu hanyalah baca Quran..aku amik Yassin dan baca perlahan-lahan supaya benda halus tue jauh dari abah..sambil baca sambil menangis..xsanggup tengok abah macam tue..

Then dalam tempoh 40 hari tue, sikap abah berubah..abah dah xmarah-marah, abah lebih banyak bergurau dengan mom..lebih manja..ada 1 hari tue, aku baru balik dari sekolah..masuk je bilik, abah mengadu tadi abah jatuh katanya..sedih sangat bila ingat..cara abah cakap, pandangan matanya yang sayu..Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa abah..kasihanilah abah dan mak yang telah membesarkan kami dan mendidik kami supaya sentiasa mendekatiMu selama ini...

Bila dalam keadaan skang neh, semua citer tentang abah datang berganti-ganti dalam kepala aku..masih banyak kerja yang perlu aku siapkan, kalo terus dilayan nanti susah plak aku..

Wednesday, October 19, 2011

Masa berlalu, Umur bertambah, Nikmat makin berkurang

Orang cakap, kalo nak belajar ke apa kenalah dalam keadaan senyap barulah boleh masuk apa saja yang dibaca atau diulangkaji..aku plak bertentangan with that fact..dulu masa 1st year aku nak final exam..bila nak ulangkaji je aku pakai earphone and bukak kuat-kuat lagunya..sampai orang cakap pun aku xdengar apa-apa dah..tapi masuk elok je dalam memori otak aku neh apa yang dibaca..tapi pada level skang neh, aku makin xleh nak concentrate kalo keadaan sekeliling bising..perubahan tue amat ketara, bila aku nak tulis blog neh..idea cam berterbangan je kalo dalam masa yang sama aku on mp3..bila dah off laju je aku menaip..itulah, makin umur bertambah makin berkurang nikmat Allah sket demi sket..

Contohnya yang muda jadi tua..tenaga pun dah berkurang, tak macam masa muda-muda dulu..muka pun mula berkedut sana sini..itulah yang selalu orang perkatakan, nikmat ditarik sket-slet..actually, bila direnung-renungkan, semua itu pun nikmat Allah untuk hambaNYA..Allah kan mana pernah buat sesuatu yang xde sebab DIA jadikan..so just think positive, InsyaAllah kenyataan jugak akan jadi positive..as Allah always ask kita untuk think positivekan..betullah kata kak moon tue, her family and she always think positive about their sister in law yang mengidap 4th level brain cancer..doctor said that she can't survive any more but with her family hope and prays..till now, she still a life..kak moon cakap they always think positives that her sister in law can survive..insyaAllah with Alllah willing..


Lets pray to Allah

Otak dah xbetul

sejak akhir-akhir neh hati sering dirundung dengan kesedihan..segala kekecewaan menekan-nekan hati hingga terasa kesakitan yang xdapat nak ditafsirkan..terasa seperti terapung-apung walaupun kaki berpijak di bumi yang nyata..pemikiran juga terganggu dan lain yang nak dibuat, lain pula yang dibuatnya..hmm..bukan senang nak pujuk hati..Ya Allah, ampunkan aku..bukan hendak melawan ketentuan takdirMU..aku hanya manusia yang hina lagi lemah..mungkin inilah kifarat dari dosa-dosaku selama ini..rintihan ku tiada siapa yang mendengar hanyalah Engkau Tuhanku yang satu dan Tuhanku yang memilikiku dunia dan akhirat..yang maha mengasihi dan mengampuni..

Sunday, October 16, 2011

Perjalanan Merentas Lautan

Sebagai permulaan bulan baru neh, Alhamdulillah Allah mengizinkan aku untuk merentas lautan ke Sumatera Selatan..Alhamdulillah, peluang untuk menjejakkan kaki ke negara orang telah tercapai..perjalannya memakan masa 1 jam 20 minit dan baru aku sedar..dulu masa kecik-kecik naik flight xdelah rasa takut..tapi bila dah besar neh terasa takut plak..takut mati..huhu Yelah kan..budak-budak hanya tau nak seronok-seronok je..setibanya di sana sambutannya agak nyaman, semuanya disambut dengan baik..mereka memang mengalu-alukan kedatangan kami ke sana..hampir seminggu aku di sana dan alhamdulillah sangat-sangat sebab semuanya berjalan dengan lancar..kami juga selamat pergi dan pulang ke tanah air tanpa sedikit pun kesulitan..

Next time harap-harap dapat ke Overseas lagi..kali neh terasa nak pergi ke Jepun plak..dah lama nak ke sana, InsyaAllah kalo ada rezeki xkemana..sampai jugak aku ke sana..harap-harap dapatlah ke Harajuku..nak tengok keindahan negara matahari terbit tue..semua tentang jepun kadang-kadang membuatkan hati teruja..mana tau boleh mempraktikkan bahasa jepun yang pernah aku pelajari dulu..haha

Referred to as Tokyo's Champs-Elysees, Omotesando is a one kilometer long, tree lined avenue, serving as the main approach to Meiji Shrine

Takeshita Dori..antara jalan yang pernah dilalui Ryu-Watanabe dan Noriko..Juga salah satu kawasan di bawah jagaan mereka..