All about me..Day by day i will step forward and can't turn back..The way to find Allah.. Sometimes when i'm falling to the ground, Allah always give me strengths to keep going and step forwards.. Sometimes Allah give me sadness..but..behind the sadness, Allah allocated some of happiness.. And Allah keep always watching me..Thank you Allah.. :-)
Aku bukan seorang penulis seni..aku hanyalah hamba Allah yang suka menulis apa-apa saja yang terlintas di fikiranku..menulis mengikut kemahuanku..berkongsi tentang kebesaran Allah yang aku temui dalam setiap saat hidupku..dan aku hanya ingin menulis dan menulis selagi hayat dikandung badan..selagi Allah mengizinkan..insyaAllah
Tuesday, June 21, 2011
Sabar Jelah..Sakit Ati Aku...!!
Ntah mengapa kali neh nama ku naik dikalangan kawan-kawan dan aku dituduh penghasut..akukah yang bersalah..kenapa ada orang semacam perempuan itu..??apa yang membuatkan dia mencemburui aku..??pusing kepala neh bila memikirkannya..dah menggigil badan tadi menahan perasaan marah tue..sapalah yang jahat sangat tue..
Friday, June 10, 2011
Setelah sekian lama..
Dah lama xupdate kisah hidup ku..ntah macam mana, aku boleh lupa website blog aku sendiri..isshhh3..teruk betullah..apakah keberfungsian kotak fikiran untuk mengingati makin berkurangan..??hmm..dalam masa aku mendiamkan diri tue, macam-macam yang telah berlaku..dan sekarang..aku kini berada di kota metropolitan yang penuh dengan pelbagai cubaan kehidupan..siapa yang tidak dapat bertahan, boleh menjatuhkan diri ke dalam jurang kehinaan..
Kuala Lumpur..pelbagai ragam dan gelagat yang dapat aku lihat di sini..dan aku..apakah yang telah membawa aku ke sini..ada tuntutan yang memerlukan aku di sini dan selebihnya apa yang mendesak aku ke sini adalah kerana 'dia'..walaupun berkali-kali ku cuba nafikan kehadiran aku ke sini adalah kerana 'dia'..hakikatnya memang segala-galanya tentang 'dia' membawaku ke sini..akhirnya..setelah hampir setahun, aku telah berjumpa dengan orang yang pernah berkongsi suka-duka ku suatu masa dulu..umpama mimpi, 'dia' kini berada di depan mataku..'dia' juga seakan-akan tidak percaya akan pertemuan ini..terasa bahagia itu kembali menyinggahi ruang hatiku..bila bertemu dengannya, diri seakan-akan lupa status dirinya..setiap hariku sentiasa menunggu akan kehadirannya..
Hmm..sejak sekian lama juga, rahsiaku yang tersimpan telah terbongkar..seperti yang aku agak, memang rahsia itu akan dibongkarkan kakak ku sendiri..dia mesti tidak berupaya bertahan bila mak selalu membezakan aku dan dia..apakah salah diri ini bila berkelakuan seperti ini..??memang ini kehendak diriku dan dalam masa yang sama..Allah sentiasa mengingatkan aku tentang diri..tentang asal usulku..walau aku terpesong, hatiku masih pada Tuhanku..dalam keadaan ini, orang-orang kadang tersalah tafsir akan diriku..bukan aku hipokrit untuk berkelakuan baik di depan semua orang, memang itu sikapku cuma ramai orang yang tidak mengetahuinya dan sekaligus menyalah tafsir akan diriku..
Sekarang..dah hampir sebulan aku di sini..sementara menunggu raya di sini, ntah apa lagi yang akan mendatang dalam hidupku..aku mohon agar dipermudahkan segala urusanku di sini dan juga bermohon agar dilindungi aku dan keluargaku walau di mana jua kami berada..pelbagai ragam manusia yang tidak dapat dijangkakan..Ya Allah, janganlah Engkau menjauhkan aku dari TarbiyahMu...aminn..

Subscribe to:
Posts (Atom)