Aku bukan seorang penulis seni..aku hanyalah hamba Allah yang suka menulis apa-apa saja yang terlintas di fikiranku..menulis mengikut kemahuanku..berkongsi tentang kebesaran Allah yang aku temui dalam setiap saat hidupku..dan aku hanya ingin menulis dan menulis selagi hayat dikandung badan..selagi Allah mengizinkan..insyaAllah

Wednesday, December 28, 2011

Selamat pagi dunia

Alhamdulillah telah dihidupkan semula dari latihan mati yang sementara..alhamdulillah jugak masih dapat mengucapkan kalimah-kalimah Allah di saat membuka mata melihat dunia..pagi neh, cuaca agak mendung..dalam musim-musim camni memang agak susah nak bangun sebab hari yang lambat cerah dan mendung, sejuknya lagi memang susahlah nak bangun..hmm..nie baru hujan kat tempat kita, camnalah plak kalo snow yang turun..mesti bestkan..!! dalam mendung2 neh sempat lagi berangan..kalolah snowy skang neh..mesti indah je kan..

<----bayangkan..dalam keadaan yang camni, jalan-jalan sambil melayan lagu a thousand years by cristina perry..romantik and feeling sangat rasanya.. (",)

hmm..dalam duk merepek tue ada x kita terpikir dan berdoa di pagi hari neh sebagai permulaan hari untuk menjadi someone yang diberkati Allah..?? permulaan yang baik akan diikuti dengan perkara-perkara baik untuk seterusnya..hope today I will become a real muslimah menebus balik segala dosa-dosa lepas..even sket demi sket perubahan tue..sekurang-kurangnya I am willing to change become a better person kan..

Tuesday, December 27, 2011

Janji Allah

lebih teruk dari devil..??
Alhamdulillah..my life become brighten then before and it is so thankful to Allah..just me and Allah know what happen..janji Allah itu benarkan..ermm..tadi ada plak terbaca, "tentang perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik..dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat"..same goes to lelaki..so dari situ kita perlu menilai diri sendiri, apa layak ke kita nak orang alim sedangkan kita bersikap lebih teruk dari syaitan laknatullah kan..kata-kata tersebut mengingatkan aku akan kisah-kisah yang lepas..I'm not junging people but when I'm thinking it with my rational mind, it is nonsense someone yang bersikap tidak elok nakkan orang yang baik tingkahlakunya..bukan ke macam langit dengan bumi perbezaannya..Ia bukanlah sesuatu yang terlalu teruk tapi dari pengalaman aku sendiri, orang-orang yang macam tue bila ditegur sesuatu itu untuk kebaikan dia..maka xpernah dia nak tima malah xsuka plak ditegur..kemudian mempersoalkan kita balik..
boleh ke camni??
Sedangkan sebelum tue dia cakap dia pilih kita sebab kita neh baik..then nape bila ditegur untuk jadi lebih baik dia xboleh tima?? that's make it NONSENSE..!! mungkin ada yang cakap, ada je orang baik kawin dengan orang yang jahat..ye, xdinafikan mungkin ada yang disatukan camtu..ada ulasan disebaliknya di mana lelaki atau perempuan tersebut willing untuk berubah so Allah tetap menjanjikan dia yang terbaikkan..as long as kita ada niat untuk berubah menjadi lebih baik insyaAllah Allah akan permudahkan untuk kamu..ingatlah bahawa Allah xpernah mungkir janjinya sepertimana manusia selalu memungkirinya dan jika sebarang hajat xtercapai walau kita rasa itu yang terbaik untuk kita don't be sad because you should always remember that Allah lebih tau apa yang lebih baik dari kita..believe in Allah dan hidup akan sentiasa tenang..



Sunday, December 11, 2011

Sikap Merajuk

Emm..itu adalah salah 1 sikap aku yang memang susah nak buang..lagi-lagi kalo dengan orang yang aku rapat atau sayang..memang mudah je nak merajuk..pantang silap sket..tapi kalo dalam family, abang-abang aku yang sememangnya suka ngusik tue dah tau sangat kelemahan aku..kalo merajuk pun dorang xheranlah sebab dorang memang tau camna nak pujuk..biasanya dalam 5 minit je dah boleh buat aku ketawa balik bila dah merajuk..

Kadang-kadang memang geram jugak tapi bila dipikir-pikirkan balik semua tue time kesunyian, mampu buat aku tersenyum lebar..yelah, rupanya semua tue adalah 1 kenangan yang membahagiakan aku..

Wednesday, November 23, 2011

Semangat yang Hilang

Ntah apa penyakitnya, semangat nak mencari ilmu Allah tue makin pudar..badan rasa xbermaya je..cepat penat, malas, ngantuk semua adalah..kadang-kadnag geram jugak, asal bukak buku je mata tue berat je..heee...thats so annoying..tadi lepas maghrib, ngadap keje sket mata dah ngantuk..kebetulan orang azan, so aku tongkat dagu kejap kat meja sementara azan tue abih..skali boleh lelap sampai ntah ke mana plak..xpasal-pasal kena amik wudhuk balik..masa solat tue pun xboleh nak kusyuk sangat bila dah ngantuk..lepas solat cepat-cepat baring dan set alarm..in case terlelap hingga xsedarkan..bila dah elok baring xmau plak dia lelap..itu yang buat aku hangin..

Masa tengah pejam mata tuelah, terpikir-pikir kejap teringat kata-kata yang pernah disampaikan sorang teman..kata-kata dia lebih kurang camnilah..

"..nak cari ilmu Allah bukan senang..akan ada je dugaan dan gangguan dari syaitan..menuntut ilmu itukan perkara baik..syaitan suka ganggu.."

then terus cam bersemangat..terus bangun dan hilang terus rasa ngantuk tue..dengan semangat yang berkobar-kobarnya aku bangun dan mula plan apa yang nak dibuat..alhamdulillah sket sebanyak semangat tue mula pulih..hope akan berkekalan..mungkin sebab keje yang dear bagi tadi..hmm..idup aku memang betul-betul dipengaruhi dear..janganlah terlalu bergantung sampai aku xboleh buat apa-apa kalo dear xde..huhu 


Friday, November 11, 2011

Menilai dengan KETAQWAAN

Setiap hari kita akan ada ujian dari Allah untuk menguji tahap keimanan dan ketaqwaan kita padaNya..untuk melihat sejauh mana keyakinan kita padaNya..Memang senang untuk menyatakan sesuatu tapi nak buat tue bukan senang..dan apa yang terjadi, xkisahlah kisah sedih ke..kisah suka ke..nilailah sesuatu itu dengan ketaqwaan pada Allah..mungkin ada yang pernah dengar, Allah akan uji setiap hambaNya dengan pelbagai cara..samada kesenangan dan kesusahan..yang biasa kita dengar Allah uji dengan kesusahankan..itu kira cam kebiasaanlah..dan jarang sekali kita dengar Allah uji dengan kesenangan..ermm..bukan jarang cuma kita yang xsedar sebenarnya semua tue ujian..

Erm..contohnya kat kampung aku..adalah sorang Uncle neh, nak dijadikan citer dia ada beli tanah..sebelum neh tanah bukit tue semua xnak sebab they see it as an abandone tanahlah kan..ntah camna 1 day they are found bijih kat bukit tue..then start dari situlah uncle tue bangunkan tempat tue and skang jadi lombong bijih katanya..bila dah bijih dijual, maka makin bertambah-tambahlah rezeki uncle tue..rumah dia bukan men besaq lagi..time raya haji mesti dia korbankan sekor lembu dan buat kenduri panggil orang kampung makan..pernah masa 1 hari kenduri tue, he called 1 ustaz neh..dia citer tentang camna dia boleh jadi kaya cam skang neh..katanya Allah uji dia dengan kekayaan untuk melihat camna dia syukur dengan nikmat tue..

Apakah dia akan lalai dan tamak seperti mana Qarun??

Apakah dia akan megah dengan kekayaan dia tue seperti Fir'aun??

macam-macam pun boleh jadikan..yelah, dia banyak duit..semua benda dia boleh beli tapi alhamdulillah dia menilai dengan penuh ketaqwaan pada Allah..dia xlalai malah dia makin pemurah..itulah yang kita nak..tapi sebaliknya pula yang berlaku pada sesetengah orang..bila dah banyak harta, pandangan pun mula kabur dengan perkara-perkara duniawi..dan itu jugalah yang berlaku bila kita kejar dunia..kadang-kadang sanggup tinggal solat sebab lebih pentingkan kerja..so camna nak dapat keberkatan dari rezeki yang kita cari tue kalo Allah murka pada kita?? 

Hmm..kadang-kadang ujian yang datang melemahkan semangat kita untuk terus berdiri menghadapi kenyataan tapi jangan mudah mengalah..bertahanlah dan mohon kekuatan pada Allah..cuba fikirkan dan open your mind..seteruk mana pun masalah kita, kalo nak dibandingkan dengan orang lain ada lagi yang lebih teruk..InsyaAllah bila pikir macam tue sket sebanyak akan melegakan hati kita..kebiasaannya aku memang slalu camtu untuk melegakan hati aku..pernah kawan yang aku baru kenal cakap, aku cuba pujuk diri dengan ayat-ayat camtu..dia cam xpuas ati kut bila tengok aku steady je bila some masalah happenkan..then aku boleh plak kluarkan statement pasrah je..jenis dia neh suka expresskan dia punya feeling on the spot..xkiralah depan boss ke apa, memang dia tunjuk je..I'm not like that..totally difference..since when we are in office aku tersangatlah passive..lebih banyak diam dari bercakap dan susah nak rapat dengan orang..tapi kalo dah skali aku selesa dengan orang tue nanti jenuhlah dia nak melayan aku bercakap..hahaha

renungkan setiap yang berlaku dengan mata hati yang penuh taqwa
Tapi itulah yang nak disampaikan..apa pun yang berlaku dan ujian yang datang just look at it dengan ketaqwaan padaNya..nilailah dengan keimanan dalam hati..InsyaAllah hati akan menjadi lebih tenang dengan mengikut ketentuan takdirNya..itu lebih baik dari melawan yang hanya akan meresahkan dan mensesakkan hati je..kehidupan pun xtenang..setiap berlaku ada reasonnya samada baik atau buruk sesuatu itu..kadang-kadang aku sendiri pun mengeluh then aku pikir balik baik buruknya..dan yakin ada hikmah tersembunyi disebaliknya..setakat neh memang agak berkesan dan jiwa pun owkay lagi..yang penting keimanan dalam hati terhadap Allah xterpadam..yakinlah Allah itu 1 dan segala janji Allah adalah benar..ada syurga dan neraka..kita xlayak untuk syurga Allah dan kita juga xsanggup untuk neraka Allah..apa yang boleh kita lakukan hanyalah berusaha untuk menjadi yang terbaik tanpa putus asa..kan itu juga salah 1 kehendak Allah..

Semoga akan menjadi pegangan buat diri sendiri dan orang lain..hidup dan mati kita hanyalah untuk Allah..tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah..

Wednesday, November 9, 2011

My brothers

Today I just wanna talk about my brothers..Alhamdulillah aku dikurniakan 3 orang abang..ketiga-tiganya punyai sikap yang berbeza tapi ada 1 persamaan..mereka tersangat melindungi aku..masa kecik, sejak adik aku dilahirkan..abah mula ajar kami untuk panggil dengan gelaran masing-masing..abah dah xnak panggil nama je..then mulai hari tuelah wujudnya nama abang long..abang teh dan abang chik..kehidupan aku banyak dipengaruhi dengan sikap mereka..yelah, siapa lagi aku nak ikut selain abang-abangkan..masa tue aku xrapat sangat ngan kakak..


abang long skang dah berumur awal 30-an..dialah yang sulung dan tanggungjawab dia memang berat dalam menjaga kami..for me, long seorang yang soft spoken..aku amat senang nak bincang apa-apa dengan dia..lagi-lagi dalam bab agama mana-mana yang aku xtau dia mungkin tau..dari pandangan mata aku, abang long seorang yang hebat..dia kalo bercerita, menarik perhatian orang dan dia boleh sampaikan apa yang dia baca mengikut turutan dengan baik..dan dia mampu ingat satu-satu perkara tue ikut mana yang didahulukan dengan baik sekali..kalo tengok movie ke apa, dia suka kaji dengan akal dia..then dia akan sampaikan pada aku dan yang lain..


emm..dia juga sangat pandai amik ati mak, that's why mom sayang sangat kat dia..baru je terdengar dia cakap nak makan apa-apa, mak terus cari bahan nak sediakan untuk dia..hati dia lembut sangat tapi sometimes kalo dia dah mengamuk teruk jugak..yang xboleh blah tentang abang sulong aku neh, dia teramat suka tengok cartoons..antara citer yang dia suka cam naruto, dragon ball, oggy dan banyak lagilah..kadang-kadang nama cartoons tue pun aku xpernah dengar..citer terbaru dia tengah giat menonton drama bersiri kamen rider..hmm..sampaikan pernah kawan dia cakap, hang neh umo je tua tapi cam budak-budak tengok cartoons..hmm..sikap dia yang satu tue mempengaruhi aku..hahaha


abang kedua aku kami panggil abang teh..dia anak ke-3 lepas kakak aku..orang cakap anak ke-3 neh element api kan..ermm..memang nampaklah dia punya sikap seorang yang panas baran sket..tapi kalo orang yang baru kenal xkan tau dia neh garang sebab character dia suka bergurau senda dan melawak dengan orang..prinsip dia, kalo orang buat baik dengan dia, maka baiklah layanan dia..skali orang buat jahat dengan dia siaplah orang tue..dalam family dialah yang paling banyak berkorban rasanya..dia akan berhabis diri dengan orang walaupun dia sendiri susah..dulu pernah skali, masa bulan Ramadhan..tau je aku suka makan kebab, skali 2 dia belikan untuk aku..terharu sangat..time aku borink, dia datang amik bawak jalan-jalan..abang aku yang neh pun seorang yang bijak..dia cepat belajar apa pun dan benda baru yang dia xpernah jumpa pun dia boleh cuba dan guna benda tue dengan baik..


lumrah kehidupan ada
suka dan ada duka
style abang aku yang neh relax je, cam style orang kampung..ermm..boleh dikatakan low profilelah tapi sejak dia balik duk kampung rasanya smua orang kenal dia..orang cakap dia salah sorang dari orang-orang yang digeruni di kampung aku..ada ala-ala samseng sket la..itu orang cakap tapi bagi aku dia bukan samseng cuma dia akan pertahankan apa yang betul dia lakukan..dia nampak je ganas dari luaran tapi bila jauh dari family menangis jugak dia..haha dulu dia pernah keje kat ipoh kejap tapi dia balik sebab sedih jauh dari family, dia call mom dan nangis-nangis..haha bila buat keje dia akan buat betul-betul, full commitment sampaikan dia punya boss pun cakap rezeki dia bergantung pada abang aku..abang teh neh pembawa rezeki buat dialah, lebih kurang camtulah bunyinya..tapi skang dia xbrapa sihat sangat, hope smuanya akan owkeh..sayu je tengok dia dalam keadaan skang neh..keadaan kami juga dah berubah..xsemesra yang dulu disebabkan satu perkara..skang kami hanya mampu berdoa semoga semuanya akan owkeh dan kembali seperti yang dulu..


then abang aku yang last kami panggil abang chik..sebenarnya dulu dia lebih rapat dengan kakak tapi skang dah jauh..then dia rapat dengan aku kejap tapi skali pernah berlaku salah paham antara aku dan dia, so kami agak renggang..tapi skang cam dah owkeh..dia slalu kena uji dengan penyakit..masa dia blaja kat poli dulu dia pernah kena denggi..dalam ramai-ramai student kat situ dia yang kena..dah la masa tue hanya dia je kat sana, jauh dari family..dia banyak kena uji dengan perkara-perkara camtu..dulu masa kecik mom cakap dia yang paling xcomey tapi bila dah besar neh nampak dia yang paling handsome..walaupun gelap, ramai peminatnya..haha aku dengan dia owkeh je, bolehlah nak satu kepala..dia pun sama dengan abang long, tengok kamen rider sama-sama..haha


itulah abang-abang aku..dorang suka ngusik aku sungguh-sungguh..kadang-kadang sampai menangislah jugak..merajuk-merajuk tapi xboleh lama..dorang memang dah tau kelemahan aku, kejap je dorang buat aku ketawa..kadang-kadang terasa rimas bila dorang ngusik sungguh-sungguh tapi itulah, bila dipikir-pikirkan balik semuanya adalah keindahan dan kebahagiaan dalam hidup aku..aku membesar bersama mereka, banyak yang aku pelajari dari mereka..sebahagian dari hidup aku juga banyak dipengaruhi dari mereka..kadang-kadang people can see how different I am with another girl..aku suka tengok citer perang, mitos..senang cakap citer-citer yang orang lelaki sukalah..mereka adalah sebahagian dari hidup aku yang teramatlah indah..walau buruk mana pun mereka,  they still my family and my brothers..setiap pengorbanan teramatlah aku hargai..terima kasih abang-abang..


Just follow your destiny and
one day you will smile for it..

Sunday, November 6, 2011

Purpose Of Life

This morning, bila terjaga dari tido I just bermalas-malasan lagi atas katil..then suddenly I remember 1 of a quote that my friends wrote..Setiap pagi bangun dari tido kita mesti ada tujuan hidup..lebih kurang camtulah bunyinya, cuma aku dah lupa full quote..ermm..As I am now,  I'm already have a purpose of life..Yelah, kalo ikutkan sunnatullah yang telah ditetapkan, we as Khalifah kat muka bumi niekan..untuk sebarkan kebesaran Allah..untuk beribadah kepada Allah..menghambakan diri kepada Maha Pencipta..Dalam masa yang sama kita mesti menjalani hidup dengan baik..dan pastikan tujuannya..I do have so many thing to do and to explore..but sometimes its makes me sooo malas owkeh..kadang-kadang nak kena cari mood dulu sebelum mulakan kerja..hmmm...

A few days ago I got some motivation from someone..boleh dikatakan orang kampung aku jugaklah orang tue..dia telah mengingatkan bahawa apa yang aku lakukan skang neh adalah salah 1 ibadah dan itu ilmu kepunyaan Allah..untuk mendapat ilmu Allah tue bukan senang, akan ada halangan dan sukar untuk mendapatnya..dan pastikan niat untuk mendapatkan ilmu itu adalah kerana Allah..menuntut ilmu juga adalah wajib..insyaAllah, kalo berfikiran camtu, maka ikhlaslah hati..dan mohon pada Allah agar diberi kekuatan dalam menghadapi segala ujian semasa beribadah ini..dengan setiap kata-kata yang diucapkan itu, sket sebanyak telah banyak menyedarkan aku..dengan status aku skang neh, aku memang memerlukan kata-kata yang sebegitu..


Hidup dan Mati kerana Allah
Sket sebanyak ia telah memulihkan semangat aku yang telah hilang sejak 2,3 hari lepas..and now, it will become revive again..alhamdulillah..banyak lagi yang telah disampaikan dan ia amat bermakna..yang pasti tujuan utama adalah kerana Allah semata-mata..jangan biarkan diri tunduk pada dunia tapi biarlah dunia yang tunduk pada kita..We are Allah slave, not duniya slave..juga pernah disebutkan bahawa kejarlah akhirat dan dengan sendirinya dunia akan datang pada kita..sebut pasal niat, membuatkan aku teringat pada Abang Long..dulu dia selalu ingatkan aku supaya niat nak g belajar kerana Allah..dan pesan dia telah aku lupa bila terlalu sibuk dengan pengajian..and now, someone dah mengingatkan semula..


Kadang-kadang perkara sebegini kita perlu mencarinya..dan Allah akan membantu dalam mempermudahkan semuanya..asalkan hati kita mau dalam menuju ke arah keberkatan Allah..insyaAllah..berusaha dan bertawakal pada Allah..

Wednesday, November 2, 2011

Sometimes

SOMETIMES...
We fall..
but SOMETIMES..
We smile..
SOMETIMES..
We cry..
but SOMETIMES..
We laughing..

There's lot to do in our life..lot of sometimes..kita akan merasai semua 'sometimes' neh..so..no wonderlah bila orang kata hidup umpama roda kehidupan..kejap di atas dan kejap di bawah..Tuhan itukan adil..dia nak kita perhatikan dan menilai apa yang terjadi..camna perasaannya bila kita di atas..adakah kita akan bermegah-megah atau kita akan mensyukuri nikmatnya dengan baik..then bila kita di bawah camna plak perasaannya..adakah kita akan berputus asa dengan ujian Allah..?? Erm..itulah hakikatnya..semalam bertimpa-timpa masalah yang datang dalam 1 masa tapi hari neh Allah bagi bertimpa-timpa juga kesenangan pada kita dalam 1 masa..

Comey macam saya.. :p
Apakah masih tidak mencukupi buat kita manusia..?? yang slalu ingkar dan hina ini..apa yang diperhatikan, sekiranya seseorang itu ditimpa kesusahan..janganlah disempitkan mindanya untuk berfikir mencari jalan penyelesaian..sebaliknya harus dipastikan mindanya terbuka untuk berfikir dengan luas dalam menyelesaikan masalah dan mencari perkara yang boleh memulihkan kembali semangatnya..ini sangatlah bersesuaian dengan 1 hadis yang menyatakan..Nabi Muhammad s.a.w tidak suka membebankan hatinya dengan kesusahan sebaliknya beliau menghiburkan hati dengan sesuatu yang menggembirakan dan melucukan..ini kerana hati yang slalu terbeban dengan perkara sedih hanya akan membutakan hati itu saja..

So..dalam menjaga hati supaya sentiasa bersih dan elok, kita hendaklah sentiasa menggembirakan hati tersebut..bila hati bersih dan cantik, maka dengan sendirinya akan terbitlah cahaya keindahan itu pada wajahnya..itu pun salah 1 dari petua mengekalkan awet muda..xpayah dah susah-susah nak pakai mekap tebal-tebal ke apa..ini lebih afdal kut.. (>_<)v

Monday, October 31, 2011

Dissapointed

Hmm..untuk beberapa minggu neh aku menunggu dan menunggu..tiada apa yang aku dapat..semua penantian hanyalah sia-sia je..itu kata-kata aku sebagai seorang hamba yang lemah lagi hina..tapi kalo nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah..hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..hmm..sedih ke aku?? Gembirakah aku..?? xdapat nak ditafsirkan..dengan emosi aku hari neh yang sedikit terganggu, berita yang aku dapat neh hanya melemahkan aku..cam xde perasaan pun ada..hmm..macam-macam dalam kepala skang neh..peluang aku dah terlepas..lepas neh aku perlu lebih rasional dalam menyelesaikan masalah yang berlaku..

I'm down..!!

Kadang-kadang kita tengok manusia berselisih faham kerana hartakan..erm..ada harta yang banyak susah, xde harta pun susah..apa pun kitalah yang perlu mengatasinya dengan baik supaya apa yang dilakukan sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan..bukannya kemurkaan..kalo Allah dah murka, sekelip mata je Allah boleh tarik segala nikmatnya..hmm..Ya Allah..tolonglah hamba dalam menjalani kehidupan seharian ini..kadang-kadang ia terlalu berat hingga aku tidak mampu untuk bertahan dan rebah di tengah jalan untuk bertemuMu..ampuni aku dan berilah aku kekuatan..

Monday, October 24, 2011

Abah.. (T-T)

Ntah apa yang xkena ari nie menitis airmata terkenangkan pada abah..xtau apa sebab, elok je tengah solat tiba-tiba teringatkan abah dan dengan sendirinya bergenang airmata..sejak semalam lagi hati neh teringat dan rindu pada abah..ntah nape kecik hati plak bila pikir orang lain ada abah sebagai tempat mengadu..aku plak xde sapa..mom doesn'n know me well..hmm..walau dah lama abah xde tapi tetap rasa abah ada..nak sebut perkataan 'arwah' pun xsanggup..hmm..Abah......




Sejak semalam tiba-tiba je teringatkan abah..tadi plak tengah-tengah solat teringat abah lagi dan dengan tiba-tiba je airmata aku bergenang..hmmm..nape neh~~~ Do I am really miss abah now?? Sensitif plak bila mengenangkan orang lain ada je ayah sebagai tempat mengadu..aku neh, xde sapa..mom plak merajuk, bila call xnak angkat plak..kalo jadi apa-apa kat aku, baru mom nak menyesal kut..huhu rasanya dah lama aku xmenitiskan airmata bila terkenangkan abah..ari nie, tanpa dipaksa-paksa dan dengan relanya hati airmata tue keluar sendiri..apa maknanya semua ini..

Mungkin juga disebabkan kepala aku neh terlalu berat dengan beban lain yang tanpa aku sedari dah terlalu berat untuk ditahan dan inilah jadinya..I just feel lonely sangat-sangat..sunyi tanpa abah..tanpa mom yang memahami keadaan aku..tanpa keluarga..tanpa dear..perhaps..

Dulu masa abah ada, kami semua rapat sangat ngan abah..aku yang pernah jadi bongsu selama 6 tahun neh lagilah rapatkan..apa aku nak abah mesti dapatkan walau macam mana penat pun abah..masa abah sakit, orang kata dalam tempoh 40 hari nak meninggal perangai akan pelik..abah pun berubah sikapnya..sebelum tue punyalah garang, sakit sket kami semua kena jerkah..xkiralah depan orang ke x..abah memang garang tapi segarang-garang abah dia still boleh tolak ansur ngan anak-anak abah..mom lain, dia garang tapi dia sensitif..mom kalo nak marah, depan orang pun dia akan terus marah..itulah contranya antara mom dan abah..

owkeh..berbalik citer masa abah sakit..abah dah lama sakit dan badan abah lemah..bila dah lemah, makhluk-makhluk lain suka kacau..kesian betul tengok abah masa tue, xboleh nak lelap langsung..asal nak lelap je ada benda datang kacau..abah menjeritlah..pernah sekali masa aku jaga abah kat hospital, abah xboleh tido..turn aku jaga, abg long plak tido..xtau nak buat apa, yang mampu hanyalah baca Quran..aku amik Yassin dan baca perlahan-lahan supaya benda halus tue jauh dari abah..sambil baca sambil menangis..xsanggup tengok abah macam tue..

Then dalam tempoh 40 hari tue, sikap abah berubah..abah dah xmarah-marah, abah lebih banyak bergurau dengan mom..lebih manja..ada 1 hari tue, aku baru balik dari sekolah..masuk je bilik, abah mengadu tadi abah jatuh katanya..sedih sangat bila ingat..cara abah cakap, pandangan matanya yang sayu..Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa abah..kasihanilah abah dan mak yang telah membesarkan kami dan mendidik kami supaya sentiasa mendekatiMu selama ini...

Bila dalam keadaan skang neh, semua citer tentang abah datang berganti-ganti dalam kepala aku..masih banyak kerja yang perlu aku siapkan, kalo terus dilayan nanti susah plak aku..

Wednesday, October 19, 2011

Masa berlalu, Umur bertambah, Nikmat makin berkurang

Orang cakap, kalo nak belajar ke apa kenalah dalam keadaan senyap barulah boleh masuk apa saja yang dibaca atau diulangkaji..aku plak bertentangan with that fact..dulu masa 1st year aku nak final exam..bila nak ulangkaji je aku pakai earphone and bukak kuat-kuat lagunya..sampai orang cakap pun aku xdengar apa-apa dah..tapi masuk elok je dalam memori otak aku neh apa yang dibaca..tapi pada level skang neh, aku makin xleh nak concentrate kalo keadaan sekeliling bising..perubahan tue amat ketara, bila aku nak tulis blog neh..idea cam berterbangan je kalo dalam masa yang sama aku on mp3..bila dah off laju je aku menaip..itulah, makin umur bertambah makin berkurang nikmat Allah sket demi sket..

Contohnya yang muda jadi tua..tenaga pun dah berkurang, tak macam masa muda-muda dulu..muka pun mula berkedut sana sini..itulah yang selalu orang perkatakan, nikmat ditarik sket-slet..actually, bila direnung-renungkan, semua itu pun nikmat Allah untuk hambaNYA..Allah kan mana pernah buat sesuatu yang xde sebab DIA jadikan..so just think positive, InsyaAllah kenyataan jugak akan jadi positive..as Allah always ask kita untuk think positivekan..betullah kata kak moon tue, her family and she always think positive about their sister in law yang mengidap 4th level brain cancer..doctor said that she can't survive any more but with her family hope and prays..till now, she still a life..kak moon cakap they always think positives that her sister in law can survive..insyaAllah with Alllah willing..


Lets pray to Allah

Otak dah xbetul

sejak akhir-akhir neh hati sering dirundung dengan kesedihan..segala kekecewaan menekan-nekan hati hingga terasa kesakitan yang xdapat nak ditafsirkan..terasa seperti terapung-apung walaupun kaki berpijak di bumi yang nyata..pemikiran juga terganggu dan lain yang nak dibuat, lain pula yang dibuatnya..hmm..bukan senang nak pujuk hati..Ya Allah, ampunkan aku..bukan hendak melawan ketentuan takdirMU..aku hanya manusia yang hina lagi lemah..mungkin inilah kifarat dari dosa-dosaku selama ini..rintihan ku tiada siapa yang mendengar hanyalah Engkau Tuhanku yang satu dan Tuhanku yang memilikiku dunia dan akhirat..yang maha mengasihi dan mengampuni..

Sunday, October 16, 2011

Perjalanan Merentas Lautan

Sebagai permulaan bulan baru neh, Alhamdulillah Allah mengizinkan aku untuk merentas lautan ke Sumatera Selatan..Alhamdulillah, peluang untuk menjejakkan kaki ke negara orang telah tercapai..perjalannya memakan masa 1 jam 20 minit dan baru aku sedar..dulu masa kecik-kecik naik flight xdelah rasa takut..tapi bila dah besar neh terasa takut plak..takut mati..huhu Yelah kan..budak-budak hanya tau nak seronok-seronok je..setibanya di sana sambutannya agak nyaman, semuanya disambut dengan baik..mereka memang mengalu-alukan kedatangan kami ke sana..hampir seminggu aku di sana dan alhamdulillah sangat-sangat sebab semuanya berjalan dengan lancar..kami juga selamat pergi dan pulang ke tanah air tanpa sedikit pun kesulitan..

Next time harap-harap dapat ke Overseas lagi..kali neh terasa nak pergi ke Jepun plak..dah lama nak ke sana, InsyaAllah kalo ada rezeki xkemana..sampai jugak aku ke sana..harap-harap dapatlah ke Harajuku..nak tengok keindahan negara matahari terbit tue..semua tentang jepun kadang-kadang membuatkan hati teruja..mana tau boleh mempraktikkan bahasa jepun yang pernah aku pelajari dulu..haha

Referred to as Tokyo's Champs-Elysees, Omotesando is a one kilometer long, tree lined avenue, serving as the main approach to Meiji Shrine

Takeshita Dori..antara jalan yang pernah dilalui Ryu-Watanabe dan Noriko..Juga salah satu kawasan di bawah jagaan mereka..

Friday, September 30, 2011

The End of September

Today is last day of my September..and the new day of next month will start just in a few hours..this end will start with my journey to some place that I never go..tomorrow, I will be depart from KL..hope everything gonna be owkay and I'm find there..Quit nervous and wish all the best of me..

Saturday, September 24, 2011

Interview Mode

3 hari lepas aku baru je tau yang aku dapat interview tue..then tarikh dia plak clash dengan tarikh percutian aku so kenalah mintak penangguhan tapi malangnya xboleh nak tangguh cuma kena pegi lebih awal..ingatkan bolehlah pegi lepas balik bercuti, skali kena lebih awal dengan xde persediaannya..so, nak xnak kenalah pegi jugak dan dengan kadar segeranya aku terus naik ke KL..petang semalam dengan badan yang xberapa sihat, naik train sorang-sorang..plan sebenar, nak ke sana naik midnight train then bila sampai sini dear akan amik and antar aku ke putrajaya tapi camna nak buat, dear plak kena outstation..so, kenalah berdikari pegi sendiri then kebetulan mom asked me to go to my brother first..alhamdulillah perjalanannya owkeh je dan masa dalam train aku adalah tegur sorang auntie neh..katilnya sebelah katil aku dalam train, she keep looking at me and always give me a smile..sebelum turun sempatlah aku tegur dia..

what makes me happy to talk with she, when she asked my name..and when I'm answer it she said nice name..thats make me smile, she is good dalam amik hati..she also wish me luck..that's good enough to make me smile and legalah..I'm really need someone that can gave me semangat..support..semalam sempat jugaklah aku study sket..semua pesanan mom and long slalu aku ingat..bila dah nak masuk mulalah terasa nervous..berkali-kali aku mintak agar diberi ketenangan dan lapangkan dadaku dalam menjawab setiap soalan..


Nice name..!!
tadi dah masuk dan bila dah habis, aku cuma bersyukur jelah apa pun yang aku ada dan bila pikir-pikir balik..aku bersyukur sangat-sangatlah..I'm always have my family, friend and ALLAH behind me..my family supporting me in what I am doing..what important it is, ALLAH always have.. whether happy or sad, ALLAH paling berkuasa dan mampu memberi segala-galanya..kalau dapat, alhamdulillah la dan gunalah sebaik mungkin..dan kalo xdapat, kena bersyukur jugak dan tima jelah mungkin ada hikmahnya disebalik yang berlaku..kerana sesungguhnya ALLAH itu hanya merancang yang terbaik saja untuk hambaNYA..

Untuk hari ini, ALLAH telah memberikan 2 perkara yang berbeza..semuanya adalah kebaikan untukku dan sekarang aku mula  menilai apa kelebihannya..

Perkara pertama :
sejak aku kecik sampai besar, aku segan kat abang aku yang sorang neh..ditambah plak dengan kerenah aku masa kecik yang telah buatkan aku makin segan..macam-macamlah pikiran -ve aku pada dia..tapi sejak semalam, apa yang aku pikir telah berubah..semalam abang aku panggil dan kami berborak dengan senang sekali bagi aku..aku senang untuk share dengan dia..terasa legalah..and I realize one thing..no matter it is, he is my brother..!!

Perkara ke-2 :
dari dulu lagi aku slalu kena komen, cara aku bercakap suka senyum buatkan aku kelihatan tidak serius..dan kali neh sama jugak, kena tegur..panel tue cakap "she is good in smiling"..huhu segan pun ada tapi aku xnak buat benda tue mempengaruhi ketenangan yang aku ada tadi..sejak 2,3 hari yang lepas lagi aku practice xnak terlalu senyum bila bercakap dengan sapa-sapa pun..tadi pun sebelum masuk bilik tue berkali-kali aku ingatkan jangan terlalu banyak senyum tapi itulah hasilnya..ntah camna nak buat..hati aku xsenang kalo orang tengok aku bercakap dengan muka biasa..kadang-kadang orang ingat aku marah plak..hmm..mungkin disebabkan gigi aku yang terkedepan sket, sebab tuelah bila orang tengok dorang ingat aku senyum..asal bukak mulut sket je mesti nampak gigi penuh..haha tapi apa boleh buat..syukur apa yang ada..

bunyinya macam ada harapan..ntahlah, apa-apa pun tawakal jelah..hope everything gonna be owkay..seandainya aku terpilih, mungkin kehidupan aku akan berubah..mesti start dari sekarang nak berdepan dengan orang ramai..dear banyak mengajar aku untuk berkomunikasi dengan orang..cara dear memang sopan..nak menolak dengan lembut, nak mintak dengan cara baik..hope lepas neh aku nak bercakap dengan sapa pun penuh keyakinan..


there's a hope for me..??

Saturday, September 17, 2011

Minyak Rambut Zam-Zam

Sebelum raya hari tue, aku ada suarakan pada my mom nak buat rambut raya..and memang aku pergi trim rambut buat layer for the 1st time in my life..nasib baik my mom xbising sebab sebelum neh dia xsuka sangat buat rambut cam my sis dulu-dulu..katanya macam remaja bermasalah je..my hair xdelah panjang sangat so bila dah layer lagi pendeklah jawabnya..so nak ikat pun berapa kerat sangat je..hehe sebab terlalu pendek dan rimas bila xboleh nak ikat so I'm going to find a hair oil that can make hair being long faster and lebat..so I find minyak rambut zam-zam kat kedai india muslim tue..

Tengoklah iklan pada kotaknya..bukan ke panjang dan lebatkan rambut pompuan tue..
 Balik je umah terus pakai minyak rambut tue..bau dia xberapa nak menyenangkan tapi memang berkesan..rambut cepat panjang..kalo tengok pada kaum wanita india muslim ataupun yang beragama hindu, rambut dorang memang panjang dan lebatkan..inilah salah satu rahsia mereka..when I was a kid, masa tue dah mula masuk tadika..I still can remember it well in every morning..sebelum pergi sekolah, abah akan sikat my hair dan letak minyak rambut neh..tangan dia kasar, bila letak minyak akan ada bunyi kasarnya tangan dia..serasanya cam terngiang-ngiang je bunyi tue..abah sapu dan ikat..kadang-kadang kalo sempat abah akan dendan rambut..

Love to abah dan ma
Semuanya abah akan uruskan waktu pagi..seingat aku, my mom jarang buat sebab mom slalu xde..She need to work and find some money to us..untuk ke sekolah..yelah, dulu agak susah masa kecik-kecik..maklumlah anak ramai..mom slalu cakap, anak ramai susah masa kecik je..bila dah besar senanglah kalo semuanya amik berat pasal mak dan abah..hmm..owkeh..sambung balik citer abah..boleh kata setiap kali pakai minyak tue, mesti terus ingat kenangan tue..arghh..rindu abah..he is the best father that I have and never can't change with anything else..

Saturday, September 10, 2011

Birthday Present

Sempena ulangtahun kelahiran aku tahun neh, ada plak yang sudi nak bagi birthday present kat aku..So, teramat-amatlah dihargai..xsangka jugak dapat hadiah, biasanya kakak je yang slalu bagi hadiah..bila orang dah wish pun dah rasa terharu dan amat dihargai..owkeh, now we will talk about my birthday present..Ex-officemate aku yang bagi, dia neh peringkat adiklah bagi aku..tapi dah kawin, anak dua dah pun..dia banyak tau kisah-kisah aku masa zaman keje dulu dan aku sangatlah segan pada dia sebab kebuasan aku tue..hmm..dan dia jugak apa yang dapat aku nilaikan, dia bersyukur dan seronok sangat bila aku masuk keje dengan dia dulu..bolehlah dia berteman dengan aku..dari situlah kami mula rapat walaupun kadang-kadang ada jugak masam muka..

macam-macam lagilah pasal dia..sepatutnya aku jumpa dia pada birthday aku tue, kebetulan raya kan..konon-konon nak bertandang ke rumah dialah..tapi apa boleh buat, motor plak buat hal..xdapatlah nak jumpa dan dia punyalah dah plan baik punya nak surprisekan aku dengan hadiah tue..then 2 hari kemudian dia mintak suami dia hantarkan kat rumah..kebetulan suami dia kena ronda area sini..masa dia bagi tue terkejutlah kan..xpernah-pernah orang bagi aku teddy bear..lagipun aku xsuka simpan teddy bear..nak xnak tima jelah..so masuk ari nie dah 2 malam aku tido peluk teddy..haha

teddy tue tersangatlah comey..macam tuan empunya badannyalah..comey sangat..kaler putih kekuning-kuningan..siap pakai kain pemanas lagi kat lehernya..lembut sangat bulu dia..sangat selesa tido peluk teddy..haha cam budak kecik je..noor siap bagi amaran lagi, jangan bagi kat anak buah teddy tue..hehe tapi dalam keseronokkan aku tetap pikir camna nak bela teddy neh..mana boleh simpan dalam umah@bilik..nanti malaikat xmasuk..hmmm..camna nak buat neh..xpelah, simpan je dulu buat masa neh..

Saturday, September 3, 2011

September

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan masih dapat beramal dibulan Ramadhan kemudian Syawal plak..Alhamdulillah jugak Allah masih memberi kesempatan untukku hingga bulan September tahun ini..bagiku September adalah bulan yang aku nantikan di mana ia amat bermakna bagiku..pada bulan ini setiap tahun, umurku akan bertambah kepada 1 nombor lagi dan ia menandakan bahawa aku makin matang dalam melalui hari-hariku yang pelbagai rintangan untuk sampai ke satu-satu tahap hinggalah sekarang..dalam masa yang sama turut memberi debaran padaku..moga Allah perkenankan permintaan ku dan dipermudahkan urusanku..aminn..

Friday, August 12, 2011

08 August..

Bagiku, tarikh tersebut adalah amat bermakna dalam hidupku..pada tarikh itulah lahirnya seorang yang amat aku hargai..adanya dia maka adalah aku sebagai anaknya..

ABAH..
kalo abah masih ada, rasanya umur abah dah masuk 70+..
dulu masa kecik, kami semua rapat dengan abah..
aku lagilah rapat sebab aku kan bongsu lama sebelum dapat adik..

teringat satu ari abah merajuk xnak cakap dengan aku..
memang xsenang duduk..kalo ma yang xnak cakap aku xberapa kisah sangat..
tapi bila kena ngan abah aku memang xsenang ati..
abah jarang marah tapi kalo skali dia marah memang kami semua kecut perut..

bila dikenang kembali zaman kecik-kecik dulu..
mesti terasa menyesal..mana xnya..
aku suka memberontak dengan abah..apa saja yang aku nak mesti dapat..
kalo x, memang aku akan mengamuk sampai dapat jugaklah..
tapi apa boleh buat, tue semua sikap budak-budaklah katakan..
kalo dah besar pun still camtu memang buang tebiatlah..

seingat aku, sejak dari aku kecik lagi abah slalu sakit-sakit..
kadang-kadang xg sekolah sebab abah demam..
so abah xlarat nak hantar aku ke sekolah..
sambil berselimut, aku urut-urut badan abah..

masa ma pregnant kat adik, abahlah orang yang paling seronok..
sejak adik ada, abah paling sayangkan dia..
kalo adik jatuh, kami yang kena marah sebab xjaga adik..
abah memang sayang bongsu lelakinya tue..

saudara mara panggil adik 'abang aji muda'..
katanya ada gaya-gaya abah sket..
semua orang pun tau abah terlalu sayangkan adik..
aku juga ada persamaan dari segi rupa dan sikap..
gamba abah masa muda-muda dulu sebijik muka aku..
dan sikap kesederhanaan abah ada pada aku..

kalo nak dibandingkan dengan kakak,
dia bersikap mau menang dan keras sama macam ma..
garang sket dan berani..
aku lebih banyak mengalah dalam apa-apa pun..

bila aku masuk sekolah menengah, masa form 2..
abah disahkan mengidap sakit buah pinggang..
masa mula-mula kena, abah menjerit kesakitan kat hospital..
abah cakap rasa cam nak putus je kaki dia start dari pinggang dan ke bawah..
najis abah bercampur dengan darah, tersangatlah busuk..
ma setia menjaga dan mencuci najis abah..

xlama lepas tue barulah disahkan abah sakit buah pinggang..
buah pinggang abah dah xberfungsi dan kena operate serta merta untuk cuci cecair dalam badan..
masa tue doktor tebuk bawah pusat abah untuk cuci cecair tue..
banyak kali jugaklah abah kena tebuk kat situ..buang air pun atas katil je..

lama-lama badan abah makin kurus..
sememangnya sebelum neh pun abah memang kurus..
tinggal tulang dan kulit je..
sejak ari tue rutin mingguan aku dan yang lain berubah..

setiap ari minggu aku akan bermalam di hospital..
masa tue pun sedih jugak..boleh kata setiap malam abah xboleh tido
asyik kena kacau dengan benda-benda halus..
badan abah lemah so benda-benda tue pun datanglah kacau..
kadang-kadang menitis airmata bila tengok abah dalam keadaan camtu
aku plak xboleh nak buat apa-apa..
last skali aku amik Yassin dan baca depan abah..
abah yang dengar aku baca terus mintak aku baca kuat-kuat..
katanya bagi benda tue semua lari dari dia..sian abah

ada satu ari tue, abah kat umah
kak ngah yang jaga abah..
sejak abah kena buah pinggang, sistem pembuangan abah dah jadi xteratur
kalo nak buang, xboleh ditahan dah..najis akan keluar camtu je..
so masa kat umah abah nak buang air besar..
kakak nak papah abah masuk toilet tapi xsempat-sempat najis dah kluar depan pintu toilet..
abah licin terpijak najis dan jatuh..

masa tue hanya kakak je yang ada kat umah..
bertungkus lumus kakak bersihkan abah
balik dari sekolah abah mengadu jatuh..
sedih betul bila dengar suara abah mengadu..
sejak dari tue jugak abah xboleh jalan..
doktor kata tulang pinggul abah retak..
lama jugaklah nak recover balik..
abah tetap jalan slow-slow dengan berpaut pada dinding..

arghh..bercerita tentang abah betul-betul menyentuh ati..
bila tengok orang lain ada abah, aku kecik ati..
abah orang lain boleh hantar anak pegi sekolah..
macam aku, masuk U ada ma dan abang-abang je..
aku nak abah ada sama kalo boleh..

alahai..aku dah mula rasa sedih dan mata pun mula berair..stop dululah..dah la dekat office neh..

Thursday, July 28, 2011

Kelemahan Diri

Bismillahirrahmanirrahim..

Dimulakan hari dengan kesyukuran pada Maha Pencipta..
Ya Allah, aku bersyukur di atas segala nikmat yang Engkau kurniakan padaku..hambaMu yang teramatlah hina..Namun Engkau tidak pernah menjauh dariku..dan aku mohon Ya Allah, janganlah Engkau menjauhkan aku dari TarbiyahMu..bimbinglah aku sentiasa hingga ke akhir hayatku.. sempat jua ku bersujud padaNya di saat matahari makin tinggi..

Rutin harianku seperti biasa, jam 8.20 am berangkatlah diri menuju ke tempat kerja..ibadah harianku yang seterusnya..hari ini adalah hari terakhir buat teman se'keje' ku di sini..dan pihak pejabat ada menyediakan jamuan ringkas untuk dia..dah hampir 3 bulan aku di sini dan pekeja-pekejanya agak baik dengan kami..aku juga selesa dengan mereka walaupun aku jarang bercakap..

Itu adalah antara salah satu kelemahan diri yang agak sukar aku bendung sebabnya bila berdepan dengan orang yang aku xbiasa, aku akan agak kaku bila bercakap..dan kalo xde benda, memang aku hanya akan mendiamkan diri ataupun aku hanya gelak mendengar mereka-mereka bercerita..gelagat mereka agak mencuit hatiku..dan kadang kala bila berdepan dengan kerja-kerja yang melibatkan nombor, mataku mesti senang saja untuk pejam.. ('',) 

hmm..mungkin disebabkan itu juga, tadi bos ada tegur..dia cakap nanti bulan puasa kena active sket la buat keje..kena banyak cric ngan supervisor aku..hmm..rasanya ari nie je dah banyak kali aku kena ngan diorang..terasa mungkin aku terlalu pasive hinggakan dorang pun pikir yang bukan-bukan sket..kerani office pun ada tegur, pastu kena lagi tegur dengan orang lain..rasanya dah banyak kali kena tegur ari nie itu pun disebabkan kelemahan aku sendiri..lebih banyak mendiamkan diri dari bertanya..

Entah mengapa, kalo nak tanya apa-apa aku mesti kumpulkan keberanian terlebih dahulu..hmm..susahlah kalo bersikap begini..camnalah aku nak ubah..''I am to passive with them..''

Tuesday, June 21, 2011

Sabar Jelah..Sakit Ati Aku...!!

Ntah mengapa kali neh nama ku naik dikalangan kawan-kawan dan aku dituduh penghasut..akukah yang bersalah..kenapa ada orang semacam perempuan itu..??apa yang membuatkan dia mencemburui aku..??pusing kepala neh bila memikirkannya..dah menggigil badan tadi menahan perasaan marah tue..sapalah yang jahat sangat tue..

Friday, June 10, 2011

Setelah sekian lama..

Dah lama xupdate kisah hidup ku..ntah macam mana, aku boleh lupa website blog aku sendiri..isshhh3..teruk betullah..apakah keberfungsian kotak fikiran untuk mengingati makin berkurangan..??hmm..dalam masa aku mendiamkan diri tue, macam-macam yang telah berlaku..dan sekarang..aku kini berada di kota metropolitan yang penuh dengan pelbagai cubaan kehidupan..siapa yang tidak dapat bertahan, boleh menjatuhkan diri ke dalam jurang kehinaan..

Kuala Lumpur..pelbagai ragam dan gelagat yang dapat aku lihat di sini..dan aku..apakah yang telah membawa aku ke sini..ada tuntutan yang memerlukan aku di sini dan selebihnya apa yang mendesak aku ke sini adalah kerana 'dia'..walaupun berkali-kali ku cuba nafikan kehadiran aku ke sini adalah kerana 'dia'..hakikatnya memang segala-galanya tentang 'dia' membawaku ke sini..akhirnya..setelah hampir setahun, aku telah berjumpa dengan orang yang pernah berkongsi suka-duka ku suatu masa dulu..umpama mimpi, 'dia' kini berada di depan mataku..'dia' juga seakan-akan tidak percaya akan pertemuan ini..terasa bahagia itu kembali menyinggahi ruang hatiku..bila bertemu dengannya, diri seakan-akan lupa status dirinya..setiap hariku sentiasa menunggu akan kehadirannya..


Hmm..sejak sekian lama juga, rahsiaku yang tersimpan telah terbongkar..seperti yang aku agak, memang rahsia itu akan dibongkarkan kakak ku sendiri..dia mesti tidak berupaya bertahan bila mak selalu membezakan aku dan dia..apakah salah diri ini bila berkelakuan seperti ini..??memang ini kehendak diriku dan dalam masa yang sama..Allah sentiasa mengingatkan aku tentang diri..tentang asal usulku..walau aku terpesong, hatiku masih pada Tuhanku..dalam keadaan ini, orang-orang kadang tersalah tafsir akan diriku..bukan aku hipokrit untuk berkelakuan baik di depan semua orang, memang itu sikapku cuma ramai orang yang tidak mengetahuinya dan sekaligus menyalah tafsir akan diriku..


Sekarang..dah hampir sebulan aku di sini..sementara menunggu raya di sini, ntah apa lagi yang akan mendatang dalam hidupku..aku mohon agar dipermudahkan segala urusanku di sini dan juga bermohon agar dilindungi aku dan keluargaku walau di mana jua kami berada..pelbagai ragam manusia yang tidak dapat dijangkakan..Ya Allah, janganlah Engkau menjauhkan aku dari TarbiyahMu...aminn..